Famili

Kawal ‘Screen Time’ Keluarga Guna Family Link, Control Dari Jauh Pun Boleh!

18
SHARES

Zaman serba canggih ini membuatkan anak-anak cepat mengenali gajet dan menggunakannya dalam jangka masa yang lama. Seperti semua sedia maklum, screen time yang berlebihan boleh merosakkan otak dan akan menyebabkan risiko penyakit lain. Justeru itu, terdapat satu aplikasi yang boleh membantu ibu bapa atau adik beradik untuk mengawal screen time ahli keluarga terutamanya anak-anak kecil.

Baca juga: Doktor Kongsi Kesan ‘Screen Time’ Kepada Anak Jika Pendedahan Terlalu Awal

KAWAL SCREEN TIME KELUARGA GUNA FAMILY LINK

Family link merupakan satu aplikasi popular dalam kalangan ibu bapa yang mahu mengawal screen time anak-anak. Seperti perkongsian pengguna Facebook bernama Ummu Haura yang memilih menggunakan Family Link untuk mengawal telefon adiknya. Dia juga menjelaskan adiknya berada di Perak dipantau olehnya yang tinggal di Selangor atas permintaan ibu bapa.

family link

Saya control telefon adik guna aplikasi family link. Saya boleh block aplikasi YouTube dari jauh. Adik di Perak, saya di Selangor. Atas permintaan ibu ayah saya memandangkan telefon mak ayah saya pun diaorang pandai buka dan godek.

Jadi, mak saya minta saya yang jaga. Kalau overuse, saya akan lock terus telefon tu tak boleh guna dan remind kan dia untuk fokus buat homework & hafazan(dia ada join program hafazan).

Apa-apa aplikasi yang dia nk install, saya rate kan siap-siap only 3+ kids sahaja boleh install tanpa asking permission. Kelebihan dia macam tu lah. But kelemahan dia, saya tak dapat tengok apa jenis video yang dia tonton.

Dekat rumah, ada Family Link (install dari PlayStore, kena buat di phone anak dulu guna emel). CCTV (boleh keluarkan voice cakap dengan anak, nak sound ke nak tegur ke nk pesan apa-apa ke)

Sumber: Facebook Ummu Haura

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×