Asuh

Risau Anak Kecil Berjam-jam Tengok Telefon, Ibu Ayah Sila Kawal, Jangan Nanti Menyesal!

2
SHARES
kawal screen time anak

Anak-anak zaman sekarang memang semuannya sudah didedahkan dengan gajet. Bila main gajet, sampai berjam-jam sehingga lupa nak makan dan mandi. Bahaya sebenarnya jika dibiarkan kerana screen time anak-anak perlu ada hadnya.

Menurut penjelasan Dr Redza Zainol di laman Twitter, walaupun mudah untuk ibu bapa melakukan aktiviti harian kerana anak sibuk bermain telefon tetapi saraf mata anak berisiko untuk rosak. Jadi, pastikan ibu ayah kawal screen time anak-anak dan jangan biarkan mereka bermain telefon dalam jangka masa panjang tanpa kawalan.

Baca juga: Ramai Ibu Bapa Silap Mendidik Anak, Cuba Semak 10 Tips Ini, Terutama Yang No 5. Itu!

KAWAL SCREEN TIME ANAK KALAU SAYANG MATA, BAHAYA!

KAWAL SCREEN TIME ANAK

Mak ayah tolong jangan leka bab jaga mata anak. Menurut kajian, saraf mata anak berisiko untuk rosak akibat terdedah kepada blue light yang terhasil daripada skrin gajet jika diguna lebih daripada 1 jam sehari.

Sinaran UV dari matahari boleh ditapis oleh kornea dan kanta kristalin tapi Blue Light ni boleh tembus sampai ke bahagian saraf mata.

Menurut American Academy of Pediatrics:

1. Tak dibenarkan screen time untuk bayi bawah 2 tahun kecuali sesi pendek ketika panggilan video dengan keluarga. Cuma 1 jam screen time dalam sehari dibenarkan untuk kanak-kanak 2-5 tahun

2. Tapi tak semua mak ayah ikut pun nasihat ni. Bila kita biar anak guna gajet tanpa kawalan, penglihatan anak boleh jadi kabur, jadi sakit kepala, mata jadi kering dan boleh jadi rabun jauh.

KAWAL SCREEN TIME ANAK

Sebab tu kita boleh amalkan senaman mata seperti di bawah:

– Rule 20-20-20. 

Lepas 20 minit anak tengok gajet, suruh dia pandang tempat yang 20 kaki (6.1 meter) jauh selama 20 saat. Senang sahaja kan?

– Fokus jauh dan dekat. 

Letak ibu jari jauh 20 cm dari mata dan pandang ibu jari selama 20 saat. Kemudian pandang tempat yang 20 kaki jauh selama 20 saat. Ulang beberapa kali.

Mata ni anugerah Allah yang kita nak jaga sampai ke hari tua. Jadi, penjagaannya pun kenalah betul.

Sumber: Twitter Dr Redza Zainal

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×