Asuh

5 Tips Pujuk Anak Selalu Tantrum Tanpa ‘Suap’ Gajet, Senang Je!

5
SHARES

Bergelar ibu bapa pasti tidak lari daripada ujian dan dugaan seperti anak tantrum di tempat awam sehingga menganggu orang sekeliling. Ibu bapa zaman sekarang lebih gemar memberi telefon untuk memujuk anak tetapi cara itu tidak begitu bagus dan tak boleh dipraktikan selalu.

Jika ibu bapa di luar sana buntu bagaimana cara mahu memujuk anak tantrum tanpa memberikan gajet, hari ini kami kongsikan beberapa tips yang boleh dicuba.

Baca juga: 5 Cara Tingkatkan Selera Makan Anak Ibu Ayah Boleh Cuba, Berkesan!

5 TIPS PUJUK ANAK SELALU TANTRUM TANPA ‘SUAP’ GAJET

1. ALIHKAN PERHATIAN ANAK DENGAN BENDA SEKELILING

Jika sebelum ini ibu bapa beri gajet untuk alihkan perhatian anak ketika mengamuk, cuba cara lain pula iaitu alihkan perhatian mereka dengan benda sekeliling. Sekiranya berada di pusat beli-belah, cuba bawa mereka ke tempat lain seperti kawasan buku supaya anak tertarik dengan buku cerita berbanding gajet. Kan lebih bagus macam tu…

2. TANYA KENAPA ANAK MENGAMUK

tantrum

Pasti ibu bapa buntu jika anak mengamuk di kawasan orang ramai sehingga tidak tahu jalan penyelesaian untuk memujuk si anak. Ketahui penyebab anak tantrum dan beri penjelasan yang tenang pada anak agar emosinya terkawal dan tidak terganggu dengan benda lain.

3. BAGI GANJARAN

Ini merupakan antara cara paling mudah dan sering dilakukan oleh ibu bapa iaitu memberi ganjaran sekiranya anak berhenti tantrum. Ibu bapa boleh memberi anak-anak makanan kegemaran, permainan atau membiarkan mereka memilih apa yang diminati. Cara ini pasti dapat ‘memancing’ anak supaya berhenti mengamuk tanpa memberikan gajet.

4. TIDUR

Tak cukup tidur dan mengantuk juga antara faktor menyebabkan anak bertindak agresif. Jadi, pastikan anak-anak dapat tidur yang cukup sebelum keluar kemana-mana.

Sekiranya anak tantrum di luar, ibu bapa boleh cuba menyuruh anak untuk tidur kerana semakin cukup tidur, semakin banyak tenaga dalam diri mereka. Mood pun bertambah baik bila dah bangun tidur. Mudah kan?

5. JANGAN PEDULI

anak tantrum

Kadang kala anak mengamuk kerana tidak dapat jajan yang diinginkan seperti lolipop, keropok dan minuman manis. Langkah terbaik ibu bapa boleh buat sekiranya anak mengamuk adalah biarkan sahaja dia berguling dan menangis kerana bila anak penat, dia akan berhenti. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu pantau dan pastikan keadaan sekeliling tidak mendatangkan bahaya kepada si anak.

Tak susah pun sebenarnya nak pujuk anak tantrum tanpa memberikan gajet. Ibu bapa di luar sana boleh cuba cara di atas ok?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×