CARA TINGKATKAN SELERA MAKAN ANAK
Pasti ramai dalam kalangan ibu bapa yang bimbang sekiranya anak tak cukup makan dan lebih memilih untuk mengambil jajan berbanding makanan sihat. Seperti mana kita tahu, kanak-kanak pandai bertindak balas terhadap perasaan lapar dan kenyang mereka.
Penting untuk ibu bapa percaya dan tahu selera makan anak supaya dapat menambah selera mereka. Berikut kami kongsikan 5 cara tingkatkan selera makan si anak. Tak perlu risau dan pasti menjadi!
Baca juga: 8 Persediaan Penting Ibu Ayah Kena Check Sebelum Anak Masuk Tahun 1
5 CARA TINGKATKAN SELERA MAKAN ANAK IBU AYAH BOLEH CUBA
1. PUJUK ANAK & BERI GANJARAN
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memujuk anak untuk makan. Antara caranya adalah ibu bapa boleh memujuk anak makan dengan memberi ganjaran sekiranya makanan yang dihidangkan habis.
Bentuk ganjaran yang boleh diberikan kepada anak seperti hadiah, makanan kegemaran dan juga beberapa jenis tetapi mengikut had yang ditetapkan.
2. PELBAGAIKAN JENIS MAKANAN
Pelbagaikan jenis makanan supaya dapat menambah citarasa anak. Seperti mana kita tahu, kanak-kanak lebih tertarik dengan makanan bergoreng, ibu bapa boleh menyediakan makanan bergoreng secara sihat dengan menggunakan air fryer.
Antara menu boleh dijadikan penambah selera anak adalah bebola nasi kentang, jejari ayam goreng, jejari kentang dan pelbagai lagi. Setiap hari satu menu baharu untuk si anak, pasti mereka teruja dan suka!
3. TAMBAH VITAMIN
Vitamin boleh menambah tenaga anak, menjadikan mereka lebih bertenaga, kuat makan dan meningkatkan sistem imunisasi dalam badan. Selain vitamic C berbentuk pil, ibu bapa juga boleh cuba memberi vitamin C buah-buahan dan sayur-sayuran kepada anak.
4. HIAS MAKANAN ANAK
Hias makanan anak dengan kartun yang diminati supaya ia boleh menarik minat anak untuk makan. Ibu-ibu boleh cuba menghias bekalan anak ke sekolah dan pasti anak dan rakan-rakan teruja melihatnya. Selain dihiasi dengan kartun, boleh juga cuba membuat bentuk muka orang menggunkan roti, mi, dan bihun.
5. JANGAN MARAH & BUAT ANAK STRES
Memang tak dinafikan agak stres apabila anak tidak mahu makan kerana si ibu sudah tentunya cuba memberikan yang terbaik untuk anak. Walau bagaimanapun, ibu dinasihatkan untuk tidak memahari anak tetapi cuba untuk memahami apa yang diinginkan oleh mereka.
Memahari anak kerana tak mahu makan tidak menyelesaikan masalah kerana mereka pastinya akan lebih kecewa jika dipaksa makan makanan yang tidak diminati.
Diharapkan lima cara kami kongsikan di atas dapat membantu ibu di luar sana yang buntu kerana anak tidak mahu makan. Semoga selera anak semakin bertambah!