Menggalas tugas sebagai ibu bapa bukanlah satu perkara mudah walaupun hakikatnya ada sesetengah orang beranggapan itu merupakan satu tugas yang senang. Berbicara mengenai tanggungjawab, ibu bapa perlu memastikan anak diberikan didikan betul namun, pada zaman serba moden ini, agak sedikit sukar kerana pelbagai cabaran perlu ditempuhi.
Tak perlu jadi ibu bapa garang sering memarahi anak, cukuplah jadi ibu bapa cool yang memahami anak supaya mereka tidak tertekan. Berikut 10 cara mendidik anak anda boleh praktikkan. Hati anak gembira barulah mudah untuk ‘ditawan’.
Baca juga: Ibu Luah Rasa Pening Anak Asyik Kencing Malam, Cuba Tips Dikongsi Doktor Ini
CARA MENDIDIK ANAK KENA GUNA 10 TIPS INI, BARU ANAK GEMBIRA
1. Jangan jadi perfectionist
Anak-anak ini dah perfect. Allah dah jadikan mereka perfect seperfectnya. Cuma kita yang kurang perfect. Kita selalu marah atas kesilapan yang tak sengaja mereka buat sedangkan itu bukan kesilapan mereka, tapi sebenarnya itu kesilapan kita yang tak sabar dan tak memahami proses tumbesaran kanak-kanak.
2. Rendahkan expectation
Anak lemah membaca geram, anak lambat mengaji marah, anak tak hafal sifir baran. Macam mana nak jadi doktor kalau belajar tak pandai. Hah, ini la punca kita jadi tak cool. Expectation tinggi sangat. Cuba rendahkan, comfirm cool je. Anak tengok pun sejuk mata memandang.
3. Jangan fokus pada result
Sentiasa fokus pada usaha bukan result. Anak-anak ini serba serbi lemah, dia masih bertatih lagi. Lagi kita fokus pada result, lagi tertekan la kita jadinya. Fokus pada usaha, insyaAllah anak pun membesar dengan sihat dan kuat. Kita pun jadi kurang marah marah.
4. Berhenti shiny parenting
Shiny parenting syndrome ini adalah parenting yang jenis suka mengikut orang lain. Bila ada trend didik anak begini dia ikut cara tu, bila ada orang share tips didik anak begitu terus dia follow. Kita letih cuba cuba, anak pun letih cuba hadam bolak baliknya hati kita.
5. Berhenti comparing
Setiap anak ini unik dan istimewa dengan cara tersendiri. Buat la macam mana pun, umur sama, sekolah sama, tarikh lahir sama, jantina sama tetap besarnya anak anak tu akan jadi jauh berbeza. Comparing bukan sahaja akan buat kita makin stres malah anak pun akan jadi makin rendah keyakinan dirinya.
6. Jaga waktu tidur
Tidur ini keperluan manusia. Kurang tidur badan akan jadi lemah, terlebih tidur pula badan akan jadi lemau. Oleh itu, jaga waktu tidur yang sihat 6-8 jam sahaja sehari.
7. Selalu peluk anak
Bila peluk dan cium anak bukan sahaja terhasil hormon bonding dan hormon kasih sayang tapi pelukan tu juga ada efek self-healing dan mood booster. Susah sangat nak rasa tenang cuba periksa balik ada tak peluk anak sekurangnya 3 minit sehari?
8. Selalu buat self-care
Jarang buat self-care maka jarang la kita akan jadi baik. Selalu je rasa stres, depres, lembik dan sakit hati. Itu la masalahnya, besarkan anak anak ni 24 jam penuh dengan ujian, kalau emosi tak kuat memang senang sangat nak trigger nafsu kemarahan.
9. Banyakkan bersyukur
Self-gratitude ini rahsia orang orang yang tenang dan sabar. Bila kita banyak bersyukur, percayalah benda yang kita rasa tak puas hati tu akan berkurang dengan drastiknya.
10. Berdoa
Akhir sekali kalau dah cuba macam macam teknik dan petua tetap juga tak sabar dan tenang, berdoa la. Tak ada yang boleh beri rasa sabar melainkan Allah yang maha sabar (Al-Sabur) dan yang maha menenangkan (Al-Mu’min).
Mendidik anak ibarat mencorak warna di atas kain putih. Bagaimana corak yang kita pilih, itulah yang akan jadi.
Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim