Asuh

Ibu Luah Rasa Pening Anak Asyik Kencing Malam, Cuba Tips Dikongsi Doktor Ini

2
SHARES

Masalah anak kencing malam adalah satu perkara nomal kerana itu bukanlah salah anak mahupun ibu bapa. Biasanya, kanak-kanak mula berhenti kencing malam selepas usia lima hingga enam tahun. Namun, 6.2% kanak-kanak usia tujuh hingga 12 tahun masih lagi terkencing waktu malam.

Menurut perkongsian Dr Redza Zainol di laman Twitternya, seorang ibu datang bertemu dengannya kerana ingin menyelesaikan masalah si anak kencing malam. Jelas wanita berkenaan, perkara tersebut sangat menyusahkan dan memeningkan kepala kerana perlu mencuci kencing anak setiap hari.

Baca juga: Anak Cepat Pandai Kalau Guna 5 Bahan Ini, Bantu Perkembangan Otak Si Kecil!

ANAK KENCING MALAM MEMANG PENING, TAPI NI CARA PALING POWER

anak kencing malam

Selepas doktor melakukan pemeriksaan ke atas kanak-kanak itu, tiada sebarang tanda-tanda gangguan saraf. Puncanya adalah kerana ruang pundi kencing yang kecil dan kurang hormon vasopressin semasa tidur. Vassopressin penting untuk mengurangkan penghasilan kencing pada waktu malam.

Sekiranya ibu bapa mengalami masalah anak kencing malam, ini beberapa tips boleh dicuba untuk mengatasi masalah itu:

1. Beri anak minum air secukupnya pada waktu siang. Ini kerana untuk mengelakkan anak minum air terlalu banyak pada waktu malam.

2. Bawa anak kerap ke tandas, 4 hingga 7 kali sehari dan paling penting pastikan anak kencing sebelum tidur. Kalau anak tak kencing sebelum tidur, kemungkinan besar mereka akan terkencing semasa tidur.

anak kencing malam

3. Guna alas tilam yang kalis air (waterproof mattress protector) supaya mudah dicuci.

4. Beri ganjaran kepada anak jika dia tak kencing malam. Beri stiker kegemaran anak ialah satu contoh bentuk ganjaran yang selalu diguna.

5. Hanya benarkan anak minum 2 jam sebelum tidur. Jangan terlalu kerap beri anak minum sebelum tidur. Takut mereka ‘terlajak’!

6. Elak beri minuman berkafein seperti kopi dan cola, ia akan buat anak lebih kerap kencing kerana kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan mereka mudah rasa nak terkencing.

Jangan hukum anak atau marah kerana anak boleh jadi tertekan sampai rasa rendah diri. Moga bermanfaat!

Sumber: Twitter Dr Redza Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×