Asuh

Anak Suka Tidur Lewat? Ini 10 Tips Ubah Rutin Tidur Lebih Awal

1
SHARES

“Doktor, macam mana saya nak latih anak saya tidur awal? Dia selalu tengah malam pun belum tidur-tidur lagi.”

Itulah luahan seorang ibu kepada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan apabila anaknya tidak berminat untuk tidur awal dan mula meragam bila dipaksa tidur awal. Menurut Dr Kamarul, tabiat tidur lambat tidak elok dipraktikkan dalam kalangan kanak-kanak kerana akan menganggu perkembangan mereka.

Jadi, jika ibu bapa menghadapi masalah anak tidur lambat, berikut merupakan 10 tips berguna ubah rutin tidur si anak supaya lebih awal demi mendapatkan tidur yang cukup dan kualiti. Selamat mencuba!

Baca juga: 10 Perkara Ibu Ayah Kena Buat Kalau Anak Guna Botol Susu, Elak Anak Kena Cirit-Birit

ANAK SUKA TIDUR LEWAT? INI 10 TIPS UBAH RUTIN TIDUR LEBIH AWAL

1. Galakkan anak untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal sepanjang hari. Ini akan membantu meletihkan mereka dan memudahkan mereka untuk tidur pada malam hari.

2. Set waktu makan malam anak sekitar 2 jam sebelum waktu tidur yang disasarkan. Elakkan makan terlalu berat atau terlalu manis untuk makan malam.

3. Tetapkan waktu tidur untuk anak. Hari sekolah atau hari cuti mereka perlu tidur pada waktu yang sama setiap malam. Ini akan membentuk rutin tidur tetap.

4. Hadkan masa skrin pada waktu malam. Berhenti gunakan peralatan elektronik sekurang-kurangnya satu jam sebelum waktu tidur. Perlu tegas.

5. Satu jam sebelum tidur, susun rutin yang melibatkan aktiviti yang tenang seperti, membaca, gosok gigi, berwuduk dan solat, dengar lagu santai, berselawat, dan sebagainya.

6. Ibu bapa perlu menjadi contoh yang baik kepada anak. Rumah digelapkan(suram), dan ibu bapa masuk ke dalam bilik tidur pada waktu tidur anak.

7. Pastikan persekitaran tidur selesa dan sesuai untuk tidur. Ini termasuk perkara seperti mengekalkan bilik gelap/suram dan sunyi, dan memastikan suhu selesa.

8. Sebelum tidur, ambil masa berbual tentang sebarang kebimbangan atau ketakutan yang mungkin mereka ada. Ini boleh membantu mereka untuk merasa tenang.

9. Sebagai galakkan dan dorongan awal, ibu bapa boleh memberi pujian dan ganjaran yang sesuai kepada anak jika anak tidur awal.

10. Ibu bapa perlu tegas dan konsisten dalam memastikan rutin ini dipatuhi pada setiap hari. Membentuk rutin baharu perlukan masa dan kesabaran.

Semoga tip-tip ini bermanfaat kepada ibubapa yang ingin melatih anak-anak tidur awal!

Sumber: Facebook Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×