Asuh

Kenapa Anak Dah Usia 7 Tahun Tapi Masih Kencing Malam? Letih Setiap Pagi Kena Jemur Tilam…

227
SHARES
kencing malam

“Penat saya doktor. Tiap-tiap pagi saya jemur tilam. Saya dah marah anak saya berkali-kali. Dia masih kencing malam. Umur sudah 7 tahun pun masih basahkan tilam. Sekarang pakai pampers adik dia setiap malam. Kalau tidak mesti basah.”

Maka bermulalah episod si ibu menyidai dan mengeringkan tilam di luar rumah ketika waktu siang kerana anak kencing malam. Disangkakan sudah usia 7 tahun perkara ini akan berhenti namun masih lagi seperti kanak-kanak bawah usia 5 tahun. Kenapa ya?

Baca juga: Elak Risiko Anak Lemas Ketika Tidur, Guna Posisi INI Paling Selamat Untuk Bayi Usia 0-3 Bulan

ANAK KENCING MALAM WALAUPUN DAH USIA 7 TAHUN, KENAPA?

kencing malam

Foto: Hello Doktor

Bertenang. Jangan marah anak, ibu ayah. Kencing sewaktu malam kebanyakannya adalah normal. Pundi kencing anak anda belum bersedia untuk menyimpan kencing sepanjang malam. Mereka cuma perlu masa dan pendekatan yang betul untuk menangani isu ini.

Dua kajian menunjukkan, kebanyakan kanak-kanak akan berhenti kencing malam sewaktu umur 5-6 tahun. Tapi ada juga yang tidak. Hal ini kerana berdasarkan peratusan:

– 40% berumur 3 tahun masih kencing malam

– 15% berumur 5-6 tahun

– 5% untuk 10-11 tahun

– 2% berumur 12 tahun

Puncanya? Ada pelbagai punca kepada kencing malam.

– Stress
– Kencing manis jenis 1
– Struktur pundi kencing yang tidak normal
Jangkitan kuman saluran kencing

Namun, 99% kebanyakannya tiada punca. Hanya pundi kencing yang tak cukup besar untuk menampung sewaktu malam. Tapi tiada masalah pun jika anda ingin berjumpa dengan doktor untuk bertanya. Doktor biasanya akan tanya beberapa soalan ini. Anda perlu bersedia untuk jadi detektif.

1. Ada sejarah keluarga kencing malam? Suami? Isteri? Ibu ayah? Adik beradik? Datuk? Sedara?

2.Adakah terdapat pemakanan yang buat/trigger anak anda kencing malam lebih kerap?

3. Kuat tak anak anda minum sebelum tidur?

4. Pernah alami kencing berdarah?

5. Anak (lelaki)dah sunat ke belum? Jika belum, ada tanda merah di hujung kemaluan?

Dengan beberapa perkara di atas mungkin dapat mencari puncanya dan seterusnya merawat anak anda.Kami share juga tips yang boleh anda lakukan dalam bentuk infografik. Yang penting, kita kena bersabar tau.

*Anak kalau selalu dimarah atau dimalukan, boleh jadi tertekan dan akan melambatkan lagi proses untuk tidak lagi kencing malam. Jadi, pasrahlah kalau kena sidai tilam setiap hari..

kencing malam

Foto: Hello Doktor

Baca juga: Petua Hilangkan Cacing Dalam Perut Guna Asam Keping, InsyaAllah…Mujarab Hasilnya!

Sumber: Public Health

Feature Image: NarayanaHealth

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×