40 Minggu

Ada Tompokan Darah Pada Kemaluan Bayi Perempuan, Rupanya Ini Dipanggil ‘Mini Period’

2
SHARES
bayi datang period

“Darah apa dekat kemaluan bayi saya ni? Bayi datang period juga ke?”

Terkejut itu sudah pasti apabila si ibu secara tiba-tibanya melihat ada tompokan darah yang keluar dari kemaluan atau vagina bayi perempuan. Disangkakan luka namun ia merupakan darah yang keluar dari saluran sama yang akan mengeluarkan darah period. Apa yang berlaku?

Memang agak aneh tapi sebenarnya situasi ini memang boleh berlaku kepada beberapa orang bayi dalam peratusan yang rendah. Kalau nak tahu sebabnya, jom kita baca penjelasan daripada pakar.

Baca juga: Daftar Nama Anak Tanpa ‘Bin’ Atau ‘Binti’ Katanya Urusan Lagi Mudah…

ADA DARAH DEKAT VAGINA, BAYI DATANG PERIOD KE?

bayi datang period

Neonatal menstruation atau dipanggil sebagai mini period berlaku apabila ada pendarahan daripada vagina bayi perempuan, yang boleh terjadi seawal usia dua atau tiga hari selepas bersalin. Ia berlaku disebabkan bayi itu lama terdedah kepada perubahan faktor hormon ibunya sendiri, seperti estrogen dan progesteron. Perkara ini juga dijelaskan oleh Dr.Izzat di laman Twitter miliknya.

Harini ada patient bawa baby girl (baru lahir). Ada bleeding sikit pada vagina baby tersebut. Macam period. Setelah diperiksa, saya boleh conclude;

1) Newborn baby girl, maybe ada some vaginal spotting – selalu mak-mak describe as period. Ini disebabkan pendedahan pada hormon estrogen ketika baby dalam uterus lagi. This is ok, and should pass in a few days.

2) ‘Mini puberty’ ini dianggap normal untuk baby girl, sejurus sahaja lepas lahir.

3) Kadang-kadang, these babies ada vaginal discharge, buah dada besar sikit even ada breast babies yang keluarkan susu. Bukan mak dia je keluarkan susu.

4) Perkara ni terjadi dalam 5 in 100 newborn baby girl, dan vaginal bleeding ini akan stop in few days – lepas body baby ini clearkan hormon estrogen tersebut dari badan.

bayi datang period

Kalau babies, paling lambat seminggu untuk vaginal bleeding untuk stop. Kalau budak usia 2-3 tahun tetiba ada period, perlu diperiksa lebih lanjut. Tak normal. Ada satu dulu kes saya, budak ni masukkan foreign body (manik) dalam vagina dan sebabkan bleeding.

Kalau sudah diperiksa tiada local causes, non-accidental injury, juga sexual abuse, lazimnya kanak-kanak ni akan dirujuk pada paediatric endocrinologist (pakar hormon kanak-kanak) untuk lihat sebab precocious puberty – akil baligh sebelum waktunya.

Sumber: Twitter Dr.Izzat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×