Asuh

8 Tanda Pada Bayi Baru Lahir Yang Pelik Tapi Normal, Mama Tak Perlu Risau!

46
SHARES

Selesai sahaja proses melahirkan anak yang sangat mencabar bagi ibu-ibu sekalian, maka bermulalah kehidupan sebagai seorang ibu yang menjaga si anak kecil ini. Mungkin ada yang sudah terbiasa dan mungkin ada yang pertama kali mendapat cahaya mata masih mempelajari perkara baharu dalam menjaga bayi newborn ini. Mungkin akan ada tanda bayi newborn yang anda rasa agak pelik tetapi sebenarnya normal.

Ada yang agak aneh apabila melihat bayi sendiri mempunyai bulu halus yang banyak dan ada juga yang hairan kenapa bayi asyik bersin sahaja sepanjang masa? Tak payah runsing kerana berikut merupakan 8 tanda bayi newborn yang anda anggap pelik tetapi sebenarnya normal sahaja!

8 TANDA BAYI NEWBORN YANG MAK AYAH RASA PELIK TETAPI NORMAL

tanda bayi newborn

1. Kulit jadi ‘flaky’ khususnya kulit kepala

Mungkin ramai dalam kalangan ibu bapa khususnya yang pertama kali, terkejut melihat kulit anak mempunyai serpihan-serpihan kering seperti habuk atau bersisik. Paling boleh nampak sekali adalah bahagian kulit kepala, tetapi bukan kelemumur la ya. Jangan risau, menurut Alanna Levine, MD,  pakar kekeluargaan dan pediatrician dar  Orangetown Pediatric Associates di New York, perkara ini merupakan perkara normal kerana kulit kering ini selalunya akan hilang dalam tempoh beberapa bulan.

Apa yang anda boleh lakukan adalah cuba letak baby oil di kawasan kulit kering tersebut selama beberapa minggu dan boleh juga jadikan rutin setiap kali lepas mandi.

2. Bersin tidak henti 

Jangan lupa bahawa bayi baru lahir ini akan menjadi sensitif dengan persekitaran dunia baharu. Kalau anda perasan, bayi anda mudah bersin dalam tempoh yang kerap tetapi ini bukan bermakna mereka sakit ya. Sebenarnya, jika anda bawa si bayi keluar berjalan-jalan ketika waktu panas atau cerah pun mereka akan mudah bersin kerana masih sensitif.

3. Bentuk kepala macam bersegi-segi?

Melahirkan anak ternyata bukanlah perkara mudah walaupun nampak macam simple sahaja. Namun perlu diingatkan bahawa perjalanan bayi untuk keluar dari kandungan si ibu juga mengambil masa yang lama dan sebab itulah mereka kelihatan pucat dan bengkak. Disebabkan lapisan kulit kepala si bayi masih lembut, kawasan pelvic bone akan mudah mengikut bentuk ruang yang mereka lalui.

Sama juga dengan situasi apabila bayi dibaringkan dalam tempoh yang lama dan menjadikan permukaan belakang kepala mereka agak flat atau leper.

4.Bahagian alat sulit bengkak

Buat anda yang melahirkan bayi lelaki, mungkin akan sedikit terkejut apabila melihat bahagian sulit si bayi lebih besar dari apa yang disangka terutama sekali bahagian testis. Kenapa macam ini? Ini kerana bayi mudah terdedah dengan hormon si ibu ketika masih dalam kandungan atau ada kandungan cecair yang banyak di bahagian testis. Jangan risau, si bayi akan mengeluarkan cecair lebihan ini melalui air kencing dalam masa beberapa hari. Begitu juga jika anda melihat bahagian sulit bayi perempuan kelihatan bengkak.

tanda bayi newborn

5.Darah dalam lampin?

Berderau darah si ibu apabila melihat ada tompokan darah dalam lampin si bayi bukan? Banyak faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku namun semuanya hanyalah bersifat sementara. Jika anda mempunyai bayi perempuan, ini adalah kerana bayi mengalami kesan sampingan terdedah dengan hormon si ibu ketika hamil.

Sebab lain perkara ini berlaku juga mungkin kerana mengalami masalah sembelit yang menyebabkan kawasan membuang najis terluka sedikit. Anda boleh sapu sedikit Vaseline untuk mengurangkan rasa pedih dan melembapkan kawasan sulit.

6. Mata sedikit juling 

Jangan terkejut, pada awal kelahiran bayi mereka mungkin akan mempunyai sepasang mata yang kelihatan sedikit juling. Hal ini kerana, si bayi masih lagi menyesuaikan diri dengan cahaya, dan mengambil masa untuk mengawal otot mata. Jangan risau, ini adalah normal kerana permukaan muka bayi masih lagi belum terbentuk dengan betul dan akan menampakkan mata bayi seolah-olah juling dengan konsep ilusi dipanggil pseudoesotropia.

7. Banyak bulu badan

Semasa di dalam kandungan, untuk mengekalkan kehangatan badan mereka sebelum mempunyai sebarang jenis lemak badan, bayi akan menghasilkan apa yang dipanggil ‘lanugo’ atau ‘peach fuzz’ di badan yang kelihatan seperti bulu-bulu halus.

Bila dilahirkan, anda akan melihat badan bayi dipenuhi dengan bulu-bulu halus ini seperti buah peach dan perkara ini tidak perlu dirisaukan. Bulu halus untuk akan hulang dalam masa beberapa minggu tetapi ada juga bayi yang akan mempunyai bulu halus ini di bahagian belakang badan atau lengan.

8. Jerawat bayi

Bayi pun ada jerawat ke? Ya, tetapi tidak perlu dirisaukan. Mak ayah tak perlu tunggu anak mencapai usia remaja untuk nampak ada jerawat kerana ada bayi yang boleh mempunyai jerawat. Ada pakar yang mengatakan bahawa perkara ini berlau kerana hormon si ibu dibawa oleh si kecil sehingga dilahirkan. Aneh juga kan?

*Dah dah jangan risau, semua ini normal sahaja…

Sumber: TheBump.com, MadeForMums

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×