40 Minggu

Tips Penjagaan ‘Nipple’ Untuk Ibu Yang Menyusukan Anak, Elak Sakit ‘Nipple Crack’!

24
SHARES

Buat ibu-ibu yang menyusukan anak, sudah pasti ramai dalam kalangan anda yang merasa betapa indahnya proses tersebut. Manakan tidak, anda  berjaya menyusukan anak sehingga mereka mencapai satu umur tertentu dan menjadi sihat. Namun, di sebalik keindahan tersebut, para ibu juga tidak ketinggalan untuk merasai pengalaman sakit apabila puting payudara mengalami kesakitan akibat proses peyusuan tersebut.

Oleh itu, berikut merupakan tips dari pakar tentang penjagaan puting payudara atau ‘nipple’ supaya sentiasa dalam keadaan yang baik. Tidaklah anda merasa sakit lagi dalam proses menyusukan anak tersebut.

Baca juga: 17 Jam Tahan Sakit, Bidan Cakap Bayi Malas Gerak Akhirnya Meninggal Dalam Kandungan

Tips penjagaan nipple untuk ibu yang breastfeeding

1.Hanya cuci breast dengan air masa mandi. Tak perlu beriya menyental dengan sabun. Kelenjar pada breast (Montgomery glands) pada puting hitam menghasilkan minyak yang melembabkan dan melindungi puting. Sabun dan shower gel akan hilangkan minyak semulajadi ini dan sebabkan nipple jadi kering dan mengalami iritasi.

2.Lepas mandi, keringkan breast dan anginkan. Lap kering dengan tuala. Ada pesakit saya cakap, makcik bawang suruh gosok puting kuat-kuat untuk pastikan puting tu bersih dan menjadikan nipple kuat. Abaikan nasihat makcik bawang. Taktau apa yang nak ‘kuat’ sangat tuu.

3.Bila nak menyusu, tak perlu bersihkan nipple. Bacteria pada permukaan nipple membantu pembentukan bakteria baik pada usus baby.

4.Susu sendiri sebenarnya boleh digunakan untuk nipple crack. Amek few drops susu tu, bubuh pada nipple dan urut perlahan nipple sebelum dan selepas menyusu.

5.Kalau pakai nursing pad, tukar kerap untuk elakkan kawasan tu lembab – kurangkan risiko jangkitan kulat.

6.Saya tak advice ibu pakai apa-apa nipple cream sebab akan ubah rasa dan bau nipple. Nanti baby reject breast tu.

Sumber: Dr Muhammad Izzat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×