0-6 Bulan

12 Warna Najis Ini Terangkan Perbezaan Tahap Kesihatan Bayi Anda. Kena ‘Alert’!

2.7K
SHARES

Bila dah ada anak kecil ni, perkara yang memang selalu para ibu atau kadang-kadang para ayah juga terlibat utnuk buat adalah membasuh najis. Biasalah, budak-budak mana pandai untuk basuh najis mereka sendiri lagi kan? Jadi, tahukah anda bahawa warna najis bayi sebenarnya mempunyai maksud sama ada mereka mempunyai khasiat yang cukup atau tidak. Ini bermakna, tahap kesihatan anak-anak dapat diukur melalui warna najis mereka! Jom kita baca perkongsian menarik dari Dr Erna Nadia mengenai warna najis bayi dan lepas ini, sebelum cuci najis anak tu, tengok dulu warna najis supaya kita boleh tahu tahap kesihatan anak-anak okay.

giphy.com

giphy.com

NAJIS BAYI

Dah jadi ibu ibu ni, perasan tak kita dah jadi lebih teliti sampai najis pun kita nak belek. Busuk pun busuk lah janji bayi kita sihat. Perasan kan warna najis bayi ni berbeza beza? Jom kenali warna najis bayi berdasarkan dengan gambar di bawah.

1. NEWBORN ( BARU LAHIR)

http://dln0mlte.deviantart.com/

http://dln0mlte.deviantart.com/

– Biasanya pada usia 1-3 hari.
– Hitam kehijauan
– Sedikit melekit lekit
– Jika dilihat seperti warna minyak hitam kenderaan.
– Ini adalah normal dan kita namakan dia mekonium
– Mekonium ini mengandungi hempedu, mukus, sel sel dari dinding usus, rembesan & cecair amnion atau ketuban)
– Tidak busuk.
– Selepas 2-4 hari, ianya akan bertukar kepada warna hijau tentera dan kurang melekit. Maknanya bayi anda telah muda hadam susu badan/susu formula.

2. BAYI YANG MENYUSU BADAN

www.pinterest.com

www.pinterest.com

– Kuning mustard/hijau/cokelat
– Ada kalanya berbiji biji seperti biji sawi
– Kadang kala lembut atau sedikit cair
– Bertekstur seperti doh pastri
– Berbau wangi
– Adalah normal jika bayi yang mendapat susu badan sepenuhnya tidak membuang najis selama 10 hari ( kurang dari 14 hari) jika bayi tidak demam, tidak meragam, tidak muntah, aktif dan menyusu seperti biasa.

3. BAYI YANG MENYUSU FORMULA

www.tumblr.com

www.tumblr.com

– Kuning atau cokolat
– Konsistensi seperti doh pastri atau peanut butter
– Lebih kenyal
– Lebih besar
– Berbau kurang enak
– Bayi wajib membuang air besar sehari sekali kerana jika tidak, dikuatiri sembelit.

4. BAYI KURANG HADAM

caringforkids.billingsclinic.org

caringforkids.billingsclinic.org

– Akan terdapat beberapa ketulan makanan yang dimakan di dalam najis.

5. HIJAU

es.123rf.com

es.123rf.com

– Boleh terjadi kepada bayi yang diberi supplemen iron untuk tambah darah.
– Boleh juga berlaku pada bayi yang baru nak diperkenalkan makanan solid
– Biasanya lebih pekat dan berbau.

6. OREN, KUNING DAN COKLAT

uk.pinterest.com

uk.pinterest.com

– Normal jika diberikan susu badan atau susu formula.

7. DARAH HITAM

www.thoughtco.com

www.thoughtco.com

– Boleh terjadi pada bayi yang menyusu badan dan kebetulan ada luka atau darah pada puting ibu dia. Mungkin bayi telah tertelan darah tersebut.
– Namun bawa juga bayi ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

Ada juga najis najis yang merbahaya dan perlu terus di bawa berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

8. CAIR

http://www.gurl.com/

http://www.gurl.com/

– Hijau, kuning atau cokolat
– Normal pada bayi yang menghadapi cirit birit.
– Jika bayi kurang aktif, dehydrated (kurang air), merengek dan cirit birit berlanjutan dan menjadi semakin teruk, bawalah bayi untuk pemeriksaan.

9. KERAS

www.pinterest.com

www.pinterest.com

– Bayi sukar mengeluarkan najis
– Berketul ketul seperti batu kecil yang kering
– Bayi mengalami kembung perut dan merengek
– Bayi kelihatan seakan meneran sewaktu hendak buang air besar
– Samada disebabkan oleh sembelit atau baru belajar makan makanan solid, bertukar susu, kurang air, kurang serat atau alahan kepada susu.

10. MERAH DARAH

http://www.wnd.com/

http://www.wnd.com/

– Boleh jadi disebabkan alahan kepada susu protein.
– Jika sekali dengan cirit birit, mungkin jangkitan bakteria
– Boleh jadi juga ada luka pada usus atau rektum atau anus.

11. MUKUS

www.babycenter.com

www.babycenter.com

– Berlendir
– Bewarna kehijauan
– Bermaksud ada jangkitan kuman

12. PUTIH

http://m.favim.com/

http://m.favim.com/

– Putih kapur atau kelabu asap
– Bayi mungkin tidak hadam makanan sepenuhnya
– Juga boleh disebabkan masalah hati dan hempedu.

Dah jadi ibu memang banyak ilmu kena belajar dan perlu menjadi lebih teliti dan berhati hati dalam setiap tindakan. Jangan ambil enteng tentang kesihatan anak anak kita. Terus bawa bayi anda berjumpa doktor jika anda rasa najis dia pelik dari biasa. Jangan main google semata mata ok. Biar cakna, jangan kecewa dikemudian hari. Anak kita, amanah kita.

Nota kaki : najis bukan sebarang najis, najis ada banyak jenis, anda punya jenis yang mana?

Sumber : Dr Erna Nadia 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×