Asuh

Anak Kerap Terberak Dalam Seluar, Ini Cara Nak STOP & Mak Tak Perlu Sental Seluar Dah

11
SHARES
anak berak

“Stresnya aku, anak berak lagi dalam seluar! Hari-hari dia berak dalam seluar!”

Inilah merupakan situasi yang dihadapi oleh setiap ibu bapa apabila mempunyai anak-anak yang masih berada dalam proses ‘potty training’. Melatih anak untuk ke tandas memerlukan kesabaran yang tinggi kerana sebelum proses tersebut berjaya, anak-anak pastinya akan membuang dahulu di dalam seluar mereka.

Walaupun sudah ditegur dan dibawa ke tandas, mereka tetap membuang di dalam seluar juga. Penatnya nak basuh!

Baca juga: Imbau Kenangan Zaman Kecil Main ‘Kereta Sorong’ Dengan Anak, Rupanya Banyak Manfaat!

KENAPA KERAP ANAK BERAK DALAM SELUAR?

anak berak

1.Tak ‘membuang’ dahulu sebelum pulang dari taska

Perasan tak ada hari yang anda jemput anak-anak pulang dari taska atau tempat pengasuh, mereka terus buang air besar dalam kereta? Mesti anda tertanya-tanya, di taska seharian tidak pergi ke tandas ke? Ini merupakan situasi yang biasa terjadi dan hal ini berlaku kerana mereka tidak selesa untuk ‘membuang’ di taska atau tempat asuhan.

Mungkin ada juga dalam kalangan kanak-kanak yang tidak akan membuang air besar selain dari tandas di rumah dan ini merupakan tugas ibu bapa dan penjaga untuk memastikan mereka buang air besar di pusat asuhan.

2.Tiada jadual yang betul

Kekerapan untuk membuang air adalah berbeza bagi setiap kanak-kanak. Ada yang membuang air besar sehari sekali, ada yang dua kali sekali malah ada juga yang hanya dua kali seminggu buang air besar. Jadi, ibu bapa dan penjaga perlu melatih dan menyediakan jadual ‘pembuangan’ yang tetap supaya mereka dapat ikut, seterusnya menjadikan sistem penghadaman sihat.

Kalau boleh, setiap hari bawa anak ke tandas 15-30 minit awal dari jadual yang ditetapkan untuk membuang air besar supaya proses menjadi lancar. Kalau tak rasa nak membuang pun, anak-anak akan tetap membuang juga!

3.Masalah ‘encopresis’

Ini merupakan masalah pembuangan najis berulang kali (biasanya secara tidak sengaja) ke atas pakaian. Biasanya, masalah ini berlaku apabila najis yang terkumpul di dalam kolon dan rektum bocor. Ini yang menjadikan anak-anak rasa tidak tertahan lantas membuang di dalam seluar.

Encopresis biasanya berlaku selepas anak berumur 4 tahun, namun apabila kanak-kanak sudah belajar menggunakan tandas, masalah ini akan menjadi reda. Perlu diingatkan juga jika terlampau serius, pastikan anda dapatkan rawatan dari pakar kerana ada ubat khas yang perlu diambil.

CARA NAK HENTIKAN MASALAH INI

anak berak

1. Ajar anak supaya terbiasa dengan tandas

Mungkin ada kana-kanak yang berasakan tandas merupakan tempat yang menyeramkan, jadi inilah masanya untuk ajar mereka bahawa pergi ke tandas adalah perkara biasa. Kanak-kanak perlu tahu bahawa semua orang membuang air besar dan mereka tidak perlu risau atau malu menggunakan tandas di mana sahaja mereka berada.

2.Minum air dengan banyak dan jaga pemakanan

Bila badan mengalami dehidrasi, inilah yang menyebabkan anak sukar membuang. Jadi, pastikan anak-anak minum banyak air setiap hari.

Bukan itu sahaja, makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh dalam diet anak pun perlu diutamakan  supaya sistem penghadaman dapat berfungsi dengan baik.

3.Latih cuci najis sendiri

Jika anak anda kerap membuang air besar di dalam seluar mereka, adalah penting untuk mereka bertanggungjawab dalam proses pembersihan najis itu. Mula-mula, minta mereka membuang sebarang najis pepejal ke dalam tandas dan siram dengan air.

Kemudian, bawa seluar dalam yang kotor dan minta mereka membersihkan kotoran (sebanyak yang boleh) di bawah air sejuk. Barulah anak jadi rajin dan tak geli dengan najis sendiri.

4.Mak ayah jangan marah-marah

Meluahkan kemarahan atau rasa negatif mengenai sikap anak yang selalu membuang dalam seluar boleh menyebabkan mereka juga bertindak balas dengan negatif. Satu kajian mendapati bahawa kanak-kanak yang mengalami gejala inkontinens lebih berkemungkinan telah dihukum semasa latihan tandas.

5.Berdikari

Apabila mereka selesai membuang air, berikan arahan tentang cara membersihkan, termasuk cara membasuh tangan mereka. Tetapi, beri mereka peluang untuk membersihkan diri terlebih dahulu. Kemudian, anda boleh menawarkan bantuan selepas itu jika mereka mengalami masalah atau apa-apa yang terlepas pandang. Yang paling penting, berikan pujian dan galakan.

Pastikan anak anda juga memakai pakaian yang boleh mereka tanggalkan dan pakai semula dengan mudah, cepat dan bebas.

*Mudah sahaja kan? Bila mak ayah tak stres, anak-anak pun tak stres untuk latih diri mereka supaya dapat buang air besar di dalam tandas.

Baca juga: Nampak Comel Tapi Sangat Ganas, JANGAN Biarkan Anak Tonton 6 Rancangan Kartun Ini!

Sumber: Mayo Clinic, VeryWellFamily

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×