Asuh

Punca Anak Alami Masalah Najis Berlendir, Paling Tak Sangka Nombor 3 Tu!

najis berlendir

“Dah dua minggu anak saya alami najis berlendir ni. Ada yang sampai berdarah, kenapa ya?”

Ketika membasuh najis anak, pasti si ibu akan perhatikan warna serta tekstur najis si manja supaya dapat mengetahui tahap kesihatan badan mereka. Tapi, ada waktu apabila najis mereka jadi sedikit berlendir dan ini menimbulkan tanda tanya adakah ia berbahaya ataupun tidak.

Baca juga: Mama Boleh ‘Survive’ Morning Sickness Ketika Hamil Kalau Buat 5 Petua Ini, 100% Menjadi!

ANAK SAYA ALAMI NAJIS BERLENDIR, KENAPA YA?

najis anak berlendir

Berdasarkan Mayo Clinic, jika lendir dalam najis anak anda kelihatan semakin meningkat, anda perlu lebih berhati-hati kerana terdapat kemungkinan masalah kesihatan.

Bukan itu sahaja, perhatikan juga tanda dan gejala lain apabila kanak-kanak atau bayi mempunyai lendir dalam pergerakan usus, seperti berikut:

-Ada darah atau nanah dalam najis
-Mengalami sakit perut, kekejangan, atau rasa kembung
-Kekerapan buang air besar lebih dari biasa

Berikut adalah beberapa punca atau keadaan penghadaman yang boleh menyebabkan najis berlendir pada bayi dan kanak-kanak berumur 2 tahun dan ke bawah. Antaranya adalah:

1.Jangkitan bakteria

Jangkitan virus dan bakteria, seperti staphylococcus, salmonella, shigella, E. coli, dan campylobacter dalam usus boleh menyebabkan najis menjadi berlendir dari kebiasaan.

Jangkitan perut yang disebut sebagai gastroenteritis, menyebabkan keradangan, najis berlendir dan cirit-birit. Untuk mengetahui sama ada anak anda dijangkiti, perhatikan gejala lain yang muncul, seperti demam dan kerengsaan. Dalam kes yang lebih teruk, jangkitan kuman boleh menyebabkan najis berlendir dan berdarah.

2.Alergi makanan

Jika anak anda mengalami alahan makanan, bermakna sistem imunnya bertindak balas terhadap protein yang terkandung dalam makanan tersebut.

Reaksi alahan ini boleh menjadi ringan sehingga paling teruk. Sesetengah kanak-kanak mungkin alah kepada susu lembu, telur, kacang tanah, kacang soya, gandum, ikan atau kerang. Sesetengah kanak-kanak mungkin mengalami gejala yang teruk disertai dengan ruam, bengkak, gatal-gatal, muntah dan kesukaran bernafas.

3.Pertumbuhan gigi

Ramai yang terkejut apabila tahu bahawa ini merupakan salah satu punca najis anak berlendir! Proses pertumbuhan gigi pada bayi bukan sahaja menyebabkan mereka menjadi resah dan cerewet, malah menyebabkan najis berlendir.

Hal ini kerana, pengeluaran air liur yang berlebihan dan kesakitan akibat tumbuh gigi boleh merengsakan usus, menyebabkan lendir muncul di dalam najis. Baru tahu!

najis anak berlendir

*Perhatikan kondisi najis anak-anak ini, jika berlarutan tempoh lendir dalam najis tersebut dan merisaukan, dapatkan rawatan dari pakar ya!

Baca juga: Cara Makan Pil Perancang Yasmin Dengan Betul, Jangan Terkejut Kalau Haid Tiba-Tiba Ada..

Sumber: Mayo Clinic, Helo Sehat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×