Dapur

3 Petua Melegakan Sembelit Dicadangkan Doktor, Baru Puas Dapat Keluar Najis Keras!

2
SHARES
petua melegakan sembelit

Individu yang mengalami masalah sembelit, tubuhnya pasti berasa tidak selesa hingga mungkin menyebabkan keletihan. Justeru itu, terdapat beberapa petua melegakan sembelit yang boleh diamalkan bagi membantu anda membuang air besar akibat najis yang sudah terlalu keras.

Melalui perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad, apabila najis menjadi keras dan terpaksa meneran, ia boleh menyebabkan masalah lain berlaku iaitu buasir. Mari ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Menu Iftar Ramadan Seminggu Tanpa Minyak 100%, Sesuai Buat Pengamal Diet Sihat!

PETUA MELEGAKAN SEMBELIT

petua melegakan sembelit

Gambar: Shutterstock

“Assalamualaikum. Saya ada masalah buang air besar. Kadang kala sampai seminggu sekali, baru buang air. Adakah probiotics boleh membantu utk melawaskan? Adakah orang diabetis boleh ambil prebiotik? Terima kasih.”

Baca juga:

Waalaikumussalam.

Sembelit yang kronik boleh membuatkan seseorang individu rasa tidak selesa, rasa kekembungan dan mungkin menyebabkan keletihan.

Jika kita gemar makan makanan yang dibakar (ala BBQ), tiada fiber dan tinggi kandungan nitrate (kebanyakan dalam daging yang diproses), sembelit yang kronik mungkin mencetuskan kanser usus besar (kolonorektal).

Biasanya kita membuang air besar sekali sehari atau mungkin sehari dalam tiga hari. Lebih dari itu, ia tidak lagi normal apabila najis menjadi keras dan kita terpaksa meneran. Ini boleh menyebabkan masalah buasir pula.

Baca juga: 7 Makanan Sihat Boleh Bantu Atasi Sakit Kepala, No.3 ‘Berkafein’ Paling Tak Sangka!

Baca juga: 9 Makanan Terbaik Untuk Buah Pinggang, Termasuk Lada Benggala Merah!

PETUA & CARA MELEGAKAN SEMBELIT

petua melegakan sembelit

Gambar: freepiik

Bagi melegakan sembelit ada beberapa cara dan petua. Ada yang guna satu cara untuk rasa lega. Ada yang guna dua atau tiga cara baru dapat membuang air besar kerana najis sudah terlalu keras.

1. Minyak zaitun

Pertama amalkan minyak zaitun setiap hari. Minyak zaitun adalah minyak sihat yang dapat menurunkan kolestrol dan bagus untuk jantung. Letakkan lemak trans iaitu lemak yang berbahaya.

Dua sudu dua kali sehari. Kurangkan dos dua sudu besar sehari bila dah lega. Ini mengelakkan masalah sembelit berulang.

2. Cuka teen

Kedua cuka teen. Ambil satu sudu kecil cuka teen dalam satu gelas. Amalkan setiap kali selepas makan.

3. Amalkan pre dan probiotik

Ketiga, amalkan pre dan probiotik seperti suplemen prebiotik yang ada banyak kuman baik. Ia boleh didapati dari farmasi.

Boleh juga ambil minuman dan makanan yang difermentasi, tetapi bukan makanan berjeruk. Boleh amalkan yogurt, tempeh, kimci dan lain-lain.

Baca juga: 7 Snek Berkhasiat Pendamping Anak Semasa Buat ‘Homework’, Gerenti Lebih Fokus!

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

FT Image: drramchandrasoni

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×