Dapur

Orang Ada Masalah Sembelit & Susah Berak, Elok Ambil Sebiji Buah Naga Nanti Mudah Lawas!

2
SHARES
masalah sembelit

Bagi mereka yang mengalami masalah sembelit, kesukaran untuk membuang air besar adalah perkara yang sangat menyeksakan. Menurut Dr Rizal Abu Bakar, pengambilan sebiji buah naga dipercayai mampu membuatkan anda rasa lawas iaitu melancarkan proses pembuangan air besar.

Tambahan pula, buah naga yang diambil sebagai diet harian bukan sahaja bagus untuk melegakan masalah sembelit, tetapi terdapat juga manfaat lain kepada kanak-kanak.

Baca juga: 9 Makanan Terbaik Untuk Buah Pinggang, Termasuk Lada Benggala Merah!

MASALAH SEMBELIT

masalah sembelit

Gambar: DrRizalAbuBakar

Mesti selalu nampak buah ini di pasar. Kenapa kena amal dragon fruit (buah naga) dalam diet harian?

Kalau ada masalah sembelit, susah membuang. Ambil sebiji nak bagi lawas. Dragonfruit buah prebiotik, membekalkan makanan pada bakteria baik dalam usus iaitu probiotik.

Baca juga: 7 Makanan Sihat Boleh Bantu Atasi Sakit Kepala, No.3 ‘Berkafein’ Paling Tak Sangka!

Buah naga bagus untuk anak-anak ambil sebabnya:

Kalau nak ajar anak kecil makan solid food. Boleh cuba dengan buah naga.

Dalam buah naga ada anti oksida phenol. Bagi melindungi sel dari kerosakan akibat radang. Kebalkan sistem imun anak. Ada serat prebiotik bantu lancarkan sistem pembuangan anak.

Dragon fruit tinggi vitamin A, B1, B2, B3, C, fosforus, kalsium, zat besi. Bantu menguatkan otot jantung dan pembentukan tulang.

B2 untuk proses penyembuhan dan baiki masalah selera terbantut anak. 1 biji bekalkan 8.8g kalsium untuk tulang kuat.

Padu tak padu?

Baca juga: Hilang Nafsu Untuk ‘Bersama’ Pasangan? Ambil 6 Buah Ini Untuk Hubungan Kembali Hangat!

Info sembelit

Berdasarkan petikan dari laman sesawang MyHealth, sembelit ialah kesukaran buang air besar, jarang buang air besar, najis menjadi keras dan perasaan tidak lawas setelah buang air besar. Di mana, kira-kira 24-37% warga emas mengalami masalah sembelit dan 60% menggunakan julap untuk melawas pembuangan air besar.

Antara sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah kurang serat dalam diet. Oleh itu, pengambilan diet yang seimbang bersama dengan kandungan serat yang tinggi adalah disarankan bagi mengatasi masalah sembelit.

Baca juga: 7 Jenis Makanan & Minuman Tak Boleh Makan Sekali Dengan Durian, Undang Mudarat!

Sumber: DrRizal Abu Bakar / MyHealth

FT Image: Bangkok Hospital

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×