Dapur

Petua Turunkan Tekanan DARAH TINGGI, Hanya Guna Epal Hijau Je Sangat Mudah Resipinya!

12
SHARES
petua tekanan darah tinggi turun

Siapa sangka hanya menggunakan dua biji buah epal hijau, dipercayai dapat membantu dalam menurunkan darah tinggi. Sebagaimana perkongsian petua tekanan darah tinggi yang dikongsikan Puan Leha Yusuf.

Petua menurunkan tekanan darah tinggi ini memang mudah resipinya dan tidak memakan kos yang mahal. Jadi, tiada alasan lagi untuk anda tidak mengamalkannya dua kali sehari.

Baca juga: Tak Sangka Minuman Barli Campuran Lemon Boleh Atasi KOLESTEROL, Petua Melayu Lama!

PETUA TEKANAN DARAH TINGGI TURUN

petua tekanan darah tinggi turun

Petua turunkan tekanan darah tinggi

Kak Ya nak kongsi petua mudah untuk turunkan tekanan darah tinggi. Senang ya amat dan yang pasti kosnya pun murah saja.

Bahan-bahan:

Cara-caranya:

petua tekanan darah tinggi turun

  1. Hiris epal hijau nipis-nipis.
  2. Masukkan 2 cawan air.
  3. Rebus epal sampai empuk.
  4. Biar sejuk dan tapis.
  5. Minum 2 kali sehari.

Petua ini kena konsisten, bukan sekali buat dah terus turun okay. Kak Ya kongsi juga khasiat yang ada pada epal hijau. Jom sesama baca dekat bawah ini.

Baca juga: Ini 4 Petua Rawat Keracunan Makanan Cara Orang Lama, Ikhtiar Awal Sebelum Jumpa Doktor!

Khasiat epal hijau:

1. Bantu menurunkan tekanan darah tinggi

Membantu menurunkan tekanan darah yang tinggi. Hal ini demikian kerana dikatakan bahawa epal hijau ini mengandungi bahan-bahan yang membolehkan tekanan darah yang tinggi diturunkan serta banyak membantu melancarkan pengaliran darah kita.

2. Pilihan buah orang berdiet

Epal hijau banyak digunakan oleh mereka yang sedang berdiet untuk menurunkan berat badan mereka kerana epal hijau memberi tenaga yang cukup sekali gus mencegah kelaparan. Justeru itu, jika diamalkan secara konsisten, anda akan dapat melihat perubahan secara progresif.

3. Mengatasi masalah sembelit

Di samping itu juga, pengambilan jus epal hijau yang dikisar bersama sayur saleri dikatakan dapat membantu mengatasi masalah sembelit. Jus ini haruslah diminum setiap pagi dengan perut kosong setiap hari untuk menyingkirkan segala toksin dalam badan sekali gus melancarkan proses pembuangan air besar.

Baca juga: Biar Betul? Tak Ramai Tahu KULIT UDANG Rupanya Boleh Cegah Obesiti & Kuatkan Ingatan!

4. Menyerikan kulit wajah

Epal hijau yang kaya dengan vitamin A, B dan C juga dapat menyerikan dan memastikan kecantikan kulit. Selain itu, khasiat serta vitamin yang terkandung dalam buah ini dapat memastikan kulit kita tidak dicemari pertumbuhan jerawat dan meninggalkan parut.

5. Pengurangan tahap kolesterol

Tambahan pula, golongan individu yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi disarankan untuk banyak mengambil epal hijau. Pengurangan tahap kolesterol dititikberatkan oleh pakar perubatan kerana dapat membantu mencegah penyakit jantung serta masalah kesihatan yang lain.

Baca juga: Minuman Magik Bila Lemah BADAN Terus Jadi Segar, Guna Biji Selasih & 2 Bahan Penting Lain!

Sumber: Leha Yusuf

FT Image: leha yusuf / freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×