Asuh

Biar Anak Makan Buah Epal Sekali Kulit, Bagus Untuk Kuatkan Memori!

146
SHARES

Pelbagai jenis sumber makanan ibu bapa akan berikan kepada anak-anak untuk membantu menguatkan memori mereka, termasuklah dengan memberikan buah epal.

Namun, menurut Puan Mazliana Mazlan nak lagi bagus untuk memori anak berikan mereka makan buah epal bersama kulitnya sekali kerana terkandung banyak khasiat untuk otak. Jom baca info menarik di bawah!

Baca juga: Elak Anak Makan Aiskrim Vanila Waktu Sakit Tekak, Tapi Makan Aiskrim Jenis Ini…

KULIT EPAL BAGUS UNTUK KUATKAN MEMORI ANAK!

Gambar: Merah cantik betul epal ni.

Kulit epal bagus untuk memori anak.

Dalam kulit epal, ada kandungan quercetin. Antioksida quercetin bantu kuatkan memori anak sebagai brain booster untuk otak.

KHASIAT-KHASIAT LAIN KULIT EPAL:

Gambar: Epal Afrika.

Antara khasiat lain kulit epal;

1. Tinggi fiber bagus untuk usus

2. Kandungan antiradang yang baik untuk paru-paru

3. Polyphenol dalam kulit epal bagus untuk perjalanan darah

4. Ada vitamin A, C dan K yang tinggi

Lepas ni, kita ajar anak makan epal sekali dengan kulit okay. Tapi, kena bersihkan betul-betul kulit epal sebelum bagi anak makan.

PALING TERBAIK BAGI ANAK MAKAN EPAL ORGANIK KERANA…

Gambar: Epal hijau Afrika.

Saya suka cari epal Afrika, New Zealand dan Australia. Atau kadang epal organik.

Kita sebenarnya tak berani nak bagi anak makan, sebab takut ada saki baki sisa racun serangga dan wax pada epal.

Cari yang organik, ini paling terbaik. Sangat sesuai untuk anak eczema dan asma.

CARA CUCI PERMUKAAN EPAL BUKAN ORGANIK

Gambar: Epal organik dari New Zealand.

Atau, kalau yang bukan organik, basuh betul-betul permukaan buah untuk kita hilangkan sebanyak mungkin saki baki racun serangga yang ada.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 sudu air soda bikarbonat/garam/lemon/cuka
  • 1 liter air

LANGKAH-LANGKAHNYA:

Gambar: Epal dari New Zealand.

1. Rendam dalam air soda bikarbonat, garam, lemon atau cuka.

2. Campur 1 sudu salah satu dari bahan ni dengan 1 liter air.

3. Rendam 15 minit.

4. Kemudian gosok pulak permukaan epal.

5. Akhir sekali bilas.

Kita cuba sama-sama ye lepas ni, ajar anak makan epal sekali dengan kulitnya.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×