Asuh

Elak Anak Makan Aiskrim Vanila Waktu Sakit Tekak, Tapi Makan Aiskrim Jenis Ini…

302
SHARES

Bila lihat anak kecil terbatuk-batuk sehingga mengakibatkan tekak mereka sakit, sedaya upaya ibu bapa akan berusaha bantu merawatnya. Termasuklah melayani permintaan mereka seperti ingin menikmati aiskrim.

Melalui perkongsian dari Puan Mazliana Mazlan, sebaiknya jangan diberikan anak aiskrim perisa vanila kerana kemungkinan ianya akan mengakibatkan radang tekak mereka tidak pulih. Namun, mereka masih boleh menikmati aiskrim berasaskan buah semata-mata tanpa campuran gula. Jom baca, bagaimana nak buat!

Baca juga: Ubah Tekstur Makanan Bayi Secara Berperingkat, Dapat Bantu Skil Bercakap

JANGAN BERI ANAK AISKRIM VANILA WAKTU SAKIT TEKAK TAPI…

Gambar: Apa-apa aiskrim pun, elakkan tau.

Elakkan aiskrim vanila waktu anak sakit tekak. Aiskrim nilah sebenarnya mungkin buat radang tekak tak baik-baik.

Ais. Yang ini memang boleh kurangkan sakit.

  • Sakit lebam dahi anak sebab jatuh, kita letak ais.
  • Kaki anak tergeliat main basikal, kita letak ais.

Ais, hanya untuk kurangkan rasa sakit di tekak. Cari ais yang tak dapat tambahkan radang pada tekak anak.

Gambar: Banyakkan bahan ramuan. Gula nombor satu pulak tu.

Aiskrim vanila, banyak betul bahan ramuan dia kan. Gula pulak tu yang pertama. Perasa tiruan, pewarna tiruan, pengawet, dan banyak lagi kan.

Sakit tekak ni, biasanya sebab jangkitan bakteria atau virus. Gula makanan bakteria. Kita bagi baja gula, makin lambat anak nak sembuh dari sakit dan radang tekak bila makan aiskrim vanila sebenarnya.

Gambar: Aiskrim vanila saya buat ni, walaupun homemade, tetap ada susu dan gula organik. 2 sumber radang jugak kan. Elakkan waktu anak tak sihat ye.

Walau yang buat sendiri kat rumah guna susu segar dan gula organik, tetap ada sumber radang dari susu yang boleh pekatkan kahak. Dan gula walau organik sekalipun, ia tetap gula, tetap pemanis yang kita perlu kurangkan dari anak bila tak sihat.

Sebenarnya kan, dulu saya pun pernah bagitahu pesakit cilik untuk makan aiskrim vanila sebab nak kurangkan sakit tekak. Belum dapat kesedaran tentang makanan proses lagi waktu tu.

Sekarang, baru tahu semua ni.

KALAU ANAK NAK AISKRIM JUGA, BUATKAN AISKRIM BERASASKAN BUAH!

Boleh je kita nak bagi makan aiskrim waktu anak tak sihat. Bagi aiskrim dari buah.

Gambar: Yang ni aiskrim buah betik.

Blend sendiri buah semata-mata, gula pun tak payah letak. Cari buah yang manis, kalau tawar sangat tambah madu sikit.

Seperti gambar aiskrim betik di atas. Hanya blend betik dan air, tambah madu. Masuk dalam aiskrim mould. Anak sakit tekak makan mesti kurang sakit dan radang tekak, insyaAllah. 

Gambar: Yang ini aiskrim dari buah naga dan pisang je!

Inilah baru namanya aiskrim sihat yang walau anak sakit pun masih boleh makan. Gitu. Kita yang pilih apa anak boleh makan dan tak boleh makan kan. Kita cuba sama-sama ya.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×