Sihat

Betul Ke Makan Aiskrim Vanilla Boleh Sembuhkan Sakit Tonsil? Ini Jawapan Doktor

2.4K
SHARES

Pernah dengar tak orang cakap bahawa dengan makan aiskrim vanilla dapat menyembuhkan sakit tekak dan tonsil? Tapi, dah banyak kali ulang makan aiskrim vanilla masih tak sembuh sakit tekak tersebut. Betul atau tidak bahawa pengambilan aiskrim boleh menyembuhkan sakit tekak atau tonsil, jom kita baca penjelasan dari doktor ini.

“Betul ke makan AIS KRIM VANILLA BOLEH menyembuh penyakit TONSILLITIS?”

Buka mulut anda luas-luas. Mai doc torch tengok. Tudiaaaaa bengkaknya TONSIL anda. Doc acah je.

1.TONSIL SEBAGAI BODYGUARD

Tonsil diciptakan Allah di bahagian tepi kerengkong ( kanan & kiri ) sbgai BODYGUARD semulajadi & punyai sistem imum/pertahanan untuk melindungi tubuh doc/ anda dari beragam infeksi yang masuk melalui mulut kita. Kalau ada infeksi virus atau kuman di tekak kita, sistem limphatik tonsil akan activate, membengkak & radang untk melawan infeksi tersebut. Keadaan ni di panggil TONSILLITIS.

2.TONSIL SEBAB VIRUS

Jika infeksi di tonsil disebabkan virus ( Epstein Barr, Adenovirus, Measles), tonsil tu bengkak & sakit je. Kalau infeksi disebabkan bacteria, tonsil tu bengkak, sakit & BERNANAH.

3.KANAK-KANAK SELALU KENA

Gang yang kerap kena TONSILLITIS ialah kanak-kanak antara 2-15 tahun. Tak kecuali gang doc yang veteran dimana pertahanan badan dah mula menurun.

4. Info doc nak share bila anak cucu kita/kita dijangkiti TONSILLITIS:

a. Sakit tekak teramat sangat sebb bengkakkan TONSIL.

b. Deman tinggi ON & OFF.

c. Sakit kepala, sakit badan, urat sendi & bini urut pun tak baik. …monyok & letih selalu.

d. Suara ROCK atau HILANG SUARA.

e. Mulut bau busuk, kena spray minyak wangi lebih sikit.

f. Bini suruh tidok luar, padan muka sebab BERDENGKUR sampai bergentar bumbung rumah. Bini nak tidur ganggu, padan muka.

g. Ada bengkakan gelendir/ Lymph Node di leher.

5. Nota yang perlu AMBIL BERAT oleh makbapa kalau anak kena TONSIL

Tonsil mudah baik jika di rawat awal. Kalau biar complikasinya amat BAHAYAkan diri pesakit:

a. Kuman tonsil ni boleh masuk ke dalam saluran darah= SEPTECEMIA…ke otak. Maka kita KO le.

b. Tonsil boleh akibatkan sakit BUAH PINGGANG ( Acute Glomerulonephritis) & Rheumaik Fever & gangguan JANTUNG!

c. SLEEP APNEA= Penyakit terhenti bernafas dengan tiba-tiba disebabkan bengkakkan tonsil, harap-harap dapat nafas kembali.

6. Rawatan Tonsillitis.

a.Ubat hisap Lozenges atau kumur Thymol Gargle untk reda sakit/ keradangan kerengkong.

b. Papase/Peptidase untk kurangkan bengkakan tonsil.

c. Tahan sakit kerengkong dgn Paracetamol atau Ibuprofen.

d. Kalau infeksi tonsil bernanah kerana kuman, diberi Ampicillin, Amoxillin, Cephalaxin atau Erytromysin. Ada yang ambil Augmentin.

e. Kalau tonsillitis kerap berulang & bengkak menutup ruang tekak elok bedah je, TONSILLECTOMY.

7.MITOS / KEPERCAYAAN RAMAI

Ais krim TAK boleh menyembuhkan TONSILLITIS. Ais krim hanya mereda sedikit kesakitan kerengkung & diberi kepada kanak-kanak yang hilang selera makan kerana tonsilitis supaya mereka ada tenaga. Tak kisah ais krim Vanilla, Chocklet, Strawberry dll. Ada ais krim yang memburuk lagi TONSILLITIS kerana mengandungi bahan kimia berbahaya.

Sebenarnya ais krim diberi kepada pesakit selepas TONSILS mereka dikeluarkan dalam pembedahan TONSILECTOMY!!. Ia membantu menghentikan pendarahan akibat luka yang disbbkan oleh pembedahan tu.

Sumber: Dr Abdul Rahim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×