Sihat

Ingatkan Bau Longkang Rupanya Mulut Sendiri Berbau Busuk! Tak Sangka Ada Kaitan Masalah Penyakit

15
SHARES
punca mulut berbau

“Aish, kenapa orang duduk jauh bila aku bercakap? Mulut aku berbau ke? Apa punca mulut berbau pulak ni…?”

Setiap kali bercakap secara dekat dengan orang, pasti anda perasan bahawa mereka akan menjauhkan diri sedikit. Malah, ada juga yang seakan-akan membuat memek muka dan tutup bahagian hidup sebentar. Ini bermakna anda mempunyai masalah nafas mulut berbau!

Mungkin anda rasakan bahawa perkara ini akan berlaku sekali sekala sahaja namun tidak sebenarnya. Mempunyai masalah mulut berbau busuk rupa-rupanya boleh berkait rapat dengan masalah kesihatan badan tanpa anda sedari. Risau juga kalau bakal jodoh lari pula bila bercakap dengan kita yang mempunyai bau mulut busuk kan?

APAKAH PUNCA MULUT BERBAU?

punca mulut berbau

Mulut berbau atau dipanggil ‘halitosis’ dalam terma perubatan merupakan antara masalah yang sering dihadapi ramai. Tambah pula selepas ambil makanan yang mempunyai bau kuat seperti bawang putih, bawang atau petai, makin berbau lah mulut anda.

Namun, menurut kajian dari Cleveland, purata 1 daripada 4 di seluruh dunia akan mengalami masalah nafas mulut berbau dan ini bukan sahaja berkaitan dengan kebersihan oral, malah merupakan ‘alarm’ bahawa ada masalah dalam badan anda!

Mesti ramai yang sudah risau bukan apabila kajian membuktikan bahawa mulut atau nafas berbau sebenarnya menjadi tanda badan anda ada masalah kesihatan seperti berikut:

1.Mulut kering : Air liur merupakan ejen untuk membersihkan mulut, jadi jika badan anda tidak dapat mengeluarkan air liur dengan cukup inilah yang menjadi punca mulut berbau. Buat anda yang suka sangat merokok tu, rupanya ini merupakan salah satu punca mulut sentiasa kering dan busuk.

2. Kanser kepala dan leher : Simptom berkaitan masalah oral atau oropharyngeal cancer yang berlaku di bahagian antara hidung dan mulut merupakan penyakit yang digeruni ramai. Hal ini kerana anda akan sakit dan bengkak di bahagian mulut, susah untuk menelan makanan dan akan timbul ketulan di bahagian leher.

3. GERD : Mungkin ramai yang pernah dengar dengan masalah kesihatan ini yang berkaitan gastrik. Rupa-rupanya GERD juga menjadi punca kenapa mulut berbau kerana asid perut masuk ke bahagia esophagus.

4. Tonsil : Punca nafas dan mulut berbau juga berkait rapat jika anda mempunyai masalah tonsil. Oleh kerana tonsil anda bengkak, jadi makanan akan tersekat di bahagian belakang tekak dan akan berbau.

5. Masalah gusi : Sakit gusi atau gingivitis merupakan situasi apabila bahagian gusi anda kemerah-merahan, bengkak dan alami pendarahan. Ini berpunca dari plaque yang melekat di bahagian gigi dan hanya boleh dibuang dengan cara memberus atau flos.

6. Diabetes : Buat penghidap diabetes anda mempunyai risiko yang tinggi untuk mempunyai nafas berbau. Hal ini kerana, diabetes menjadi punca berlakunya masalah gusi yang akan menyebabkan peningkatan kadar gula dalam badan.

7.Masalah buah pinggang atau hati : Apabila buah pinggang dan hati berfungsi dengan baik, organ ini bantu untuk menyingkirkan toksin dalam badan namun tidak jika mereka berada dalam keadaan tidak sihat. Inilah yang menjadi punca nafas dan mulut anda berbau busuk.

MACAM MANA NAK ELAK MULUT BERBAU BUSUK?

punca mulut berbau

Sudah semestinya apabila bercakap mengenai kesihatan oral seperti gigi dan gusi, penjagaan yang rapi perlu dilakukan. Bagi mengurangkan dan menghilangkan terus bau mulut yang busuk, anda boleh lakukan langkah penjagaan ini dengan rapi.

-Berus gigi dua kali sehari, sekurang-kurangnya selama 2 minit dan gunakan floss sekali sehari. Jangan lupa untuk membersihkan kawasan lidah juga ya.

-Guna alcohol-free cucian mulut. Ada pelbagai bau yang dijual di pasaran.

-Lakukan pemeriksaan doktor gigi setiap 6 bulan. Kalau anda mempunyai masalah yang lebih teruk, mungkin pemeriksaan secara kerap dan berkala perlu dilakukan antara 2-3 bulan sekali.

-Minum air dengan cukup supaya bahagian dalam mulut tidak kering.

-Guna teknik untuk banyakkan air liur dengan mengunyah gula-gula getah atau gula-gula sugar-free.

Elakkan alkohol, kafein dan tobacco.

*Bila mulut dah tak berbau, barulah rasa yakin sikit kan?

Sumber : ClevelandClinic, MayoClinic

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×