Seringkali kepada anda yang menghidap penyakit kencing manis mempunyai banyak pantang larang terutama dalam pemilihan makanan. Sudah bermacam-macam jenis ubat dimakan sampai naik jemu, tetapi ada tak yang pernah cuba petua merawat kencing manis ini menggunakan cara ‘kampung’ atau tradisional?
Jangan risau kerana berdasarkan kajian pakar pun menyarankan bahawa anda perlu juga menggunakan cara tradisional untuk memperbaiki lagi tahap kesihatan dan melawan kencing manis tersebut. Berikut merupakan 6 bahan tradisional yang boleh digunakan dalam rawatan kampung dan ternyata berkesan!
PETUA MERAWAT KENCING MANIS GUNA CARA TRADISIONAL ATAU ‘KAMPUNG’, MENJADI!
1.Lidah buaya
Bukan sahaja menyejukkan badan, malah lidah buaya juga digunakan dalam rawatan penyakit kencing manis atau diabetis. Menurut kajian, penurunan kadar glukosa, merendahkan kandungan lemak dan rawat luka kencing manis merupakan manfaat lidah buaya.
2.Kayu manis
Seringkali kayu manis ini digunakan dalam masakan dan mengeluarkan bau yang harum bukan? Bukan itu sahaja, kayu manis juga diangkat sebagai salah satu bahan rawatan kencing manis secara tradisional. Banyak kajian membuktikan penggunaan kayu manis meningkatkan sensitiviti terhadap insulin serta merendahkan kadar kolesterol dalam badan. Selain itu, kayu manis juga boleh mencegah komplikasi diabetes seperti masalah jantung dan darah tinggi.
3.Ginseng
Seringkali kita dengar ginseng merupakan antara makanan yang menjadi tunggak utama dalam masyarakat Cina tapi tertanya-tanya apakah rasanya? Bukan sahaja dapat memanaskan badan, ginseng merupakan pembekal tenaga dan berupaya meningkatkan tahap imunisasi badan. Ramai juga yang menggunakan ginseng sebagai cara untuk menurunkan kadar glukosa dalam darah.
4.Halba
Halba mempunyai kandungan serat larut yang tinggi. Ini boleh melambatkan penyerapan glukosa serta elak perut sering rasa kosong. Bukan itu sahaja, terdapat kajian yang membuktikan penggunaan halba 15g serbuk halba dalam makanan berjaya merendahkan kadar glukosa darah post-prandial (selepas makan) dalam kalangan pesakit diabetes jenis 2. Hebat!
5.Peria katak
Sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang mendapat petua menggunakan peria katak dari pakcik makcik di kampung kan? Ya, peria katak ibarat insulin tumbuh-tumbuhan dan ia digunakan dalam perubatan Ayurveda sebagai penawar kencing manis. Sayur pahit ini memberi kebaikan seperti insulin dengan memberikan kesan hipoglisemia. Namun, anda harus berhati-hati dengan pengambilan peria katak kerana ia boleh menyebabkan paras gula turun sangat rendah apabila digunakan bersama ubat moden, jangan terlampau banyak ye!
6. Pokok misai kucing
Nama dah comel, sudah pasti menjadi antara petua tradisional merawat kencing manis juga. Misai kucing (Orthosiphon stamineus) merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan yang seringkali ditemui di taman-taman tempatan kerana sangat cantik dan kemas.
Misai kucing kini begitu popular dalam kalangan masyarakat Melayu kerana ia digunakan secara meluas dalam bidang perubatan termasuklah rawatan :
-Batu karang
-Gout
-Darah tinggi
-Diabetes
Selain daripada penurunan gula, kajian turut menunjukkan pokok misai kucing mampu menurunkan paras kolesterol dalam pesakit diabetes, sekaligus mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular (jantung).
*Perlu juga diingatkan bahawa jika anda sedang mendapat rawatan medikal, jangan ditinggalkan terus ubat-ubatan yang diberikan pakar tersebut. Ini hanyalah sebagai langkah tambahan untuk anda merawat sakit dengan lebih mendalam.
Sumber: Diabetis.co.uk, DoctorOnCall, MyHealth