Sihat

7 Kebaikan Lidah Buaya (Aloe Vera) Yang Ramai Tak Tahu

66
SHARES

Lidah buaya atau aloe vera sudah menjadi herba yang cukup sinonim bagi merawat luka dan sunburn.

Sifatnya yang cantik serta mudah untuk dijaga juga menjadikan herba ini sesuai dijadikan sebagai tanaman hiasan.

Lendir atau gel yang terkandung dalam lidah buaya juga sangat popular digunakan untuk kecantikan kulit. Ia juga biasanya dikisar dan diamalkan sebagai jus bagi meningkatkan kesihatan.

Memetik Healthline, jus lidah buaya padat dengan pelbagai kebaikan vitamin dan mineral penting seperti vitamin B-12 ,C, E dan asid folik.

Dengan pelbagai kajian yang dijalankan, lidah buaya yang juga sinonim dengan nama aloe vera ini juga mula menunjukkan pelbagai potensi pada kesihatan seperti meredakan penyakit ulu hati dan merencatkan pertumbuhan sel kanser payudara.

petua kulit licin aloe vera lidah buaya

Foto Kredit: livestrong.com

7 Kelebihan Lidah Buaya (Aloe Vera) Yang Ramai Tak Tahu

1. Baik Untuk Kesihatan Kulit

Lidah buaya sudah menjadi bahan asas yang tidak asing lagi dalam produk pembersih peribadi dan kosmetik kerana kebaikannya pada kesihatan dan kelembapan kulit.

Daunnya yang kaya dengan kandungan air dan pelbagai mineral serta komponen tumbuhan yang dipanggil karbohidrat kompleks menjadikannya sebagai bahan yang sesuai untuk mencegah keradangan dan meningkatkan kelembapan kulit.

2. Berpotensi Untuk Melawan Kanser Payudara

Sebuah kajian terkini yang diterbitkan oleh Evidence-Based Complementary and Alternative Medicine mendapati daun lidah buaya mengandungi komponen aloe emodin yang berfungsi untuk mengurangkan rebakan kanser payudara.

Namun, kajian yang lebih mendalam perlulah dijalankan bagi mengesahkan keberkesanannya dalam merawat kanser payudara.

3. Menstabilkan Paras Gula Dalam Darah

Berdasarkan sebuah kajian, pengambilan 2 sudu gel lidah buaya setiap hari membantu dalam menstabilkan kadar gula dalam darah pada paras yang normal.

Namun, pesakit diabetes perlulah mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum amalkan lidah buaya kerana ia dikatakan dapat menyebabkan hypoglycemia jika diambil sekali dengan ubat kawalan kencing manis.

4. Meredakan Pedih Ulu Hati

Juga dikenali sebagai refluks asid, pedih ulu hati merupakan masalah kesihatan yang berlaku ketika asid perut berbalik kepada esofagus sehingga menyebabkan keradangan.

Kajian terkini mendapati khasiat lidah buaya baik untuk diamalkan bagi pesakit pedih ulu hati bagi mengurangkan simptom penyakit ini tanpa memberikan sebarang kesan sampingan.

5. Sumber Antioksida Yang Baik

Kebaikan antioksida yang dijumpai dalam aloe vera iaitu polifenol didapati sangat baik dalam melawan pembiakan bakteria yang menyebabkan jangkitan dalam badan.

Lidah buaya juga cukup dikenali dengan sifat antibakteria dan antiseptik sebagai rawatan alternatif bagi meredakan pelbagai masalah kulit dan merawat luka.

6. Membantu Untuk Menyembuhkan Luka Dengan Segera

Penggunaan lidah buaya bagi merawat luka akibat terbakar atau kecederaan kecil sudah biasa diamalkan oleh generasi terdahulu.

Sebuah kajian turut mencadangkan penggunaan lidah buaya sebagai rawatan berkesan bagi merawat luka akibat terbakar pada tahap satu dan tahap dua (first and second degree burns).

Sebuah pemerhatian dalam kajian juga mengesahkan lidah buaya dapat meredakan luka akibat terbakar dalam tempoh yang lebih segera berbanding ubatan biasa.

Tidak hanya itu, lidah buaya juga dapat meredakan simptom luka seperti jangkitan, kemerahan dan kegatalan.

7. Mengurangkan Pembentukan Plak Gigi

Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya lidah buaya juga sangat baik diamalkan untuk mengurangkan pembentukan plak pada gigi.

Sebuah hasil kajian mendapati penggunaan jus lidah buaya sebagai ubat kumur menunjukkan keberkesanan yang sama pada mulut apabila dibandingkan dengan penggunaan ubat kumur chlorhexidine.

Di samping itu, lidah buaya juga dilihat berpotensi dalam menghapuskan pembiakan bakteria Streptococcus mutans yang boleh menjejaskan kesihatan mulut.

Kesan Sampingan Lidah Buaya

Berdasarkan National Center for Complementary and Integrative Health (NCCIH), penggunaan lidah buaya secara luaran adalah selamat untuk digunakan.

Namun, bagi sesetengah orang, pengambilan jus lidah buaya boleh menyebabkan cirit birit atau sakit perut kerana ia mengandungi sifat pelawas.

Sebagai langkah selamat, anda boleh rujuk kepada doktor terlebih dahulu sebelum mula mengamalkan lidah buaya dalam jangka masa panjang.

Dengan pelbagai kebaikan yang ditawarkan oleh lidah buaya pada kesihatan, ia memang baik untuk diamalkan bagi mengekalkan kesihatan kulit , mencegah pembentukan plak serta merawat luka.

Bagi sesetengah penemuan, kajian yang lebih mendalam tentang kebaikan lidah buaya perlulah dijalankan bagi mengesahkan keberkesanannya pada kesihatan.

Resepi / Cara Dapatkan Jelly Aloe Vera Dari Tumbuhan Lidah Buaya

Sesiapa yang ada tanam aloe vera tu boleh la cuba menu simple ni.

Rasa sedap & sangat refreshing

Resepi Aloe Vera Jelly :

  • Aloe vera
  • Gula
  • Daun pandan
  • Air

Cara-caranya :

1. Bersihkan aloe vera yang dituai dipokok.

Aloe vera lidah buaya

2. Buang duri kiri & kanan serta kulit hijaunya.

Aloe vera lidah buaya
3. Potong dadu @ mengikut sukaan anda.

4. Letakkan Aloe vera yang siap dipotong ke dalam penapis & lalukan air sehingga lendirnya hilang.

5. Cuci bersih.

6. Masukkan kedalam periuk + air secukupnya + gula + daun pandan.

7. Masak sehingga gula larut.

8. Matikan api. Setelah sejuk boleh disimpan kedalam bekas & simpan ke dalam peti ais.

9. Boleh dinikmati bersama air kegemaran anda.

Sedap sangat jelly tu!

SELAMAT MENCUBA !

Sumber :

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×