Ekzema akan menyebabkan radang pada kulit, bengkak, gatal dan ruam merah. Antara petua rawat ekzema yang boleh dicuba adalah dengan menggunakan buah pinang seperti perkongsian Mami Jihan di laman Facebooknya.
Macam mana nak buat? Kena baca artikel di bawah sampai habis. Rugi kalau tak cuba kerana ini merupakan petua turun temurun dan sememangnya mujarab.
Baca juga: Doktor Kongsi 5 Cara Hilangkan Sakit Tekak Sebelum Lebih Teruk
WANITA INI KONGSI PETUA RAWAT EKZEMA, INSYAALLAH MUJARAB
Hari ni mami nak ajar buat resepi turun menurun arwah ibuda mami iaitu petua untuk nak hilangkan penyakit Ekzema dan kelenjar di belakang telinga baby. InsyAllah minyak ni amat berkesan.
Bahan-bahan diperlukan:
- Santan secukupnya
- Buah pinang muda
- Buah limau purut
- Daun Pandan
Cara penyediaan:
– Belah buah pinang muda dan tumbukkan separa hancur
– Campurkan kesemua bahan di atas ke dalam kuali dan kacau sehingga keluar minyak.
Jelasnya, petua tersebut merupakan petua turun temurun dan sudah diamalkan beberapa kali kerana hasil yang berjaya dan menyembuhkan ekzema cucunya. Apa salahnya cuba, cara nak buat pun senang sahaja.
Sumber: Facebook Mami Jihan & MyHealth