Sakit tekak antara gejala yang biasa dihadapi tidak kira kanak-kanak atau dewasa. Sakit tekak membuatkan proses menelan sebarang makanan atau ubat lebih sukar. Keadaan cuaca tidak menentu yang kadang kala panas dan hujan antara faktor menyebabkan sakit tekak.
Jadi, jika anda mengalami masalah sakit tekak, ada beberapa cara hilangkan sakit tekak yang boleh dicuba untuk melegakan tekak seperti perkongsian doktor ini di media sosial.
Baca juga: Jangan Pandang Remeh Batuk Berpanjangan, Mungkin Punca Penyakit Berbahaya!
CARA HILANGKAN SAKIT TEKAK INI MEMANG MUJARAB, LEGA BETUL!
Anda selalu alami masalah sakit tekak? Macam mana nak kurangkan sakit ni sebelum berjumpa doktor? Jom cuba langkah ini dulu.
1. KUMUR AIR GARAM
Ambil sedikit garam, campur dengan segelas air suam. Kajian Randomised controlled trial RCT yang saya jalankan sendiri menggunakan sodium chloride 3.0% (air garam) mampu mengurangkan simptom sakit tekak akibat jangkitan ‘non-bacterial pharyngitis’ pada tekak. Kajian ini telah diterbitkan pada tahun 2019.
2. MAKAN AISKRIM
Kenapa aiskrim dapat kurangkan sakit tekak? Soothing effect dan agen penyejuk pada aiskrim dapat legakan perit pada tekak.
3. LOZENGES
Ini pun boleh dilakukan. Anda boleh dapatkan di farmasi terdekat. Ia dapat mengurangkan rasa sakit pada tekak.
4. GARGLE
Ubat kumur seperti listerine, thymol dan difflam boleh digunakan untuk mengurangkan gejala sakit tekak. Biasanya saya akan nasihatkan pesakit untuk menggunakan sebelum dan selepas makan.
5. UBAT
Antibiotik akan diberi selepas pemeriksaan doktor mendapati ada tanda jangkitan bakteria. Memandangkan kebanyakan masalah sakit tekak adalah akibat jangkitan virus, penggunaan antibiotik sebenarnya jarang dilakukan.
Jadi, amalkan lima langkah ini sebelum sakit tekak menjadi lebih teruk.
Sumber: Facebook Dr Ezairy M.Sallih