Sihat

8 Jenis Ubat Batuk Mak Ayah Boleh Beli Di Farmasi Tanpa Preskripsi Doktor

176
SHARES

Jangan salah bila beri ubat batuk pada anak, takut nanti batuk makin teruk! Batuk dan selesema merupakan satu mekanisme pertahanan diri badan untuk membantu dalam proses pengeluaran kahak secara semula jadi. Gejala batuk dan selesema biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan sebagai ibu bapa, situasi ini sudah tentunynya akan menimbulan rasa bimbang.

Pelbagai rawatan pasti dicuba bagi mengembalikan keselesaan dan keceriaan anak-anak. Di sini kami kongsikan 8 jenis ubat batuk yang boleh di beli di farmasi tanpa preskripsi doktor. Sebelum beli, sekurang-kurangnya mak ayah tahu jenis ubat mana yang sepatutnya beli. Jangan pula batuk berkahak dibeli ubat batuk menghalang kahak keluar. Ini silap!

Baca juga: Pakar Kongsi 12 Sumber Makanan Untuk Atasi Demam, Batuk & Selsema

INI 8 JENIS UBAT BATUK MAK AYAH BOLEH BELI DI FARMASI TANPA PRESKRIPSI DOKTOR

ubat batuk

1. EXPECTORANT

Kegunaan: Digunakan untuk batuk yang berkahak (productive cough)

Cara bertindak: Ia akan mencairkan mukus nipis di kawasan salur pernafasan dan memudahkan kahak untuk dikeluarkan ketika batuk.

Contoh ubat: Rhinatiol, Bisolvon, Mucolix.

2. ANTITUSSIVE

Kegunaan: digunakan untuk batuk kering (tidak berkahak)

Cara bertindak: ubat ini akan mengurangkan batuk dengan menghalang reflex batuk. Seterusnya seseorang itu akan berhenti batuk kerana kurang rangsangan untuk batuk.

Contoh ubat: Dextromethorphan, Pholcodeine, Syrup Tussidex Forte.

3. MUCOLYTIC

Kegunaan: Jenis ubat batuk kategori ini adalah untuk batuk berkahak. Batuk yang bermula jauh dari dalam paru-paru kerana mukus (kahak) yang tebal.

Cara bertindak: Ubat kategori ini akan memutuskan jaringan mukus agar menjadi lebih longgar dan mudah untuk keluar apabila batuk.

Contoh Ubat : Ambroxol,Acetycysteine.

4. HERBAL BASED

Kegunaan: digunakan secara traditional untuk melegakan selsema,batuk,sakit tekak,iritasi kerongkong dan mengurangkan kahak.

Contoh ubat: prospan, cap ibu dan anak, hurix, woods.

5. ANTI-ASTHMATIC (UBAT LELAH)

Kegunaan: Jangkitan pada salur pernafasan boleh menghasil menyebabkan salur pernafasan menyempit seperti reaksi asma, dan mencetuskan batuk.

Cara bertindak: Ubat lelah akan melegakan kesempitan salur pernafasan, mengurangkan bengkak pada mukosa, hentikan penghasilan mukosa berlebihan.

Contoh ubat: Salbutamol, Bricanyl, Salmodil.

6. DECONGESTANT (UBAT SELSEMA)

Kegunaan: sesuai untuk melegakan batuk yang disebabkan oleh hingus yang mengalir ke belakang tekak(post-nasal drip), melegakan selsema dan hidung tersumbat.

Cara bertindak: membantu mengurangkan pembengkakan membran mukus hidung.

Contoh ubat: Iliadin, Pseudoephedrine.

7. ANTI HISTAMINE

Kegunaan: sesuai untuk mengurangkan penghasilan hingus dan batuk tak berkahak.

Cara bertindak: merencat penghasilan histamin yang menyebabkan saluran darah jadi kembang di bahagian hidung seterusnya lebih banyak mukus(hingus) dihasilkan. Dapat menembusi penghalang otak(blood brain barrier) dan merencat pusat batuk(cough centre).

Contoh: Diphenhydramine, Promethazine, Chlorpheniramine.

8. UBAT BATUK GABUNGAN

Kombinasi dua jenis ubat batuk dalam satu botol untuk memberi kesan yang lebih bagus.

Contoh:
Sedilix DM ialah kombinasi Antitussive ( Dextromehorphan ) + Antihistamine ( Promethazine) + Decongestant (Pseudoephedrine)

Mucoprom ialah kombinasi antihistamine ( Promethazine) + expectorant ( Carbocysteine)

Cough-en ialah kombinasi Antitussive ( Dextromehorphan)+ Decongestant(Pseudoephedrine)

JENIS BATUK

1. Batuk Berkahak

Kahak adalah lendiran pekat yang dihasilkan oleh mukosa dalam hidung, mulut, tekak. Kalau kita sihat, lendiran ini ada juga, cuma ia cair. Jika ada iritasi pada mukosa, seperti bendasing, perengsa, atau jangkitan tertentu di kerongkong serta di paru-paru, maka lendiran ini boleh dihasilkan lebih banyak atau lebih pekat dan dipanggil kahak. Kehadiran kahak ini buat tekak tidak selesa, maka tercetus refleks batuk untuk membuangnya.

2. Batuk Kering (Tak Berkahak)

Ada juga batuk yang tidak berkahak. Seringkali batuk jenis ini disebabkan oleh rasa tekak gatal atau kering. Ini biasanya tanda-tanda jangkitan tekak (laryngitis/pharingitis/tonilitis).

Adakalanya pula batuk kering disebabkan oleh salur pernafasan menjadi sempit, contohnya ketika serangan asma atau terdedah kepada habuk, jerebu dan bahan kimia dan asap merokok.

RAWATAN BATUK SELSEMA UNTUK ANAK KURANG 2 TAHUN

Menurut Food and Drugs Administration (FDA), ubat batuk dan selesema tidak harus diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 2 tahun kerana ia berisiko menyebabkan sesak nafas,sawan dan sehingga boleh membawa maut.

1. Menggunakan ubat titisan atau semburan hidung yang mengandungi garam laut (normal saline atau sodium chloride 0.9%). Ubat ini boleh mengurangkan gejala hidung tersumbat dengan mengekalkan kelembapan rongga hidung.

2. Menggunakan nasal spray(Sterimar-baby) yang berasaskan air laut/sea water (Isotonik). Semburan air laut ini bersifat neutral dan mampu melegakan hidung bayi yang tersumbat.

3. Penggunaan alat penyembur kelembapan (Mist Humidifier) di bilik anak untuk menambahkan sedikit kelembapan pada udara juga boleh memberi kelegaan kepada hidung yang tersumbat dan kesukaran untuk bernafas.

4. Menggunakan alat picagari bulb untuk menyedut lendir atau mukus keluar daripada rongga hidung.

5. Memastikan pesakit minum air secara kerap untuk menggalakkan penghidratan badan.

BILA ANDA PERLU BERJUMAPA DOKTOR?

1. Bila batuk tidak berkurang selepas 3 hari. Batuk yang berpanjangan boleh menandakan masalah serius seperti tuberkulosis (TB) serta bronkoetasis.

2. Kahak terlalu pekat, banyak dan berubah warna kepada hijau atau kuning menunjukkan jangkitan kuman yang memerlukan antibiotik.

3. Batuk sehingga sesak dada. Asma, jangkitan paru-paru, paru-paru berair, dan lemah jantung boleh akibatkan sesak dada.

4. Bunyi batuk lain daripada biasa. Bunyi kokol disebabkan Pertusisis. Batuk menyalak (barking) disebabkan oleh Diptheria.

Jika rawatan di rumah tidak mujarab, jangan tunggu lama untuk jumpa doktor. Tidak semua batuk perlukan antibiotik kerana tidak semua batuk disebabkan jangkitan bakteria.

Sumber: Facebook Dr Ahmad Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×