Sihat

Jangan Pandang Remeh Batuk Berpanjangan, Mungkin Punca Penyakit Berbahaya!

188
SHARES

Selain selsema, batuk juga akan menganggu urusan kerja seharian kerana tidak selesa dengan keadaan tekak yang gatal. Tambah pula, jika batuk menyerang ketika mesyuarat dijalankan pasti akan menganggu orang sekeliling yang berada di tempat tersebut.

Bagi seseorang yang mengalami masalah batuk, ia tidak seharusnya melebihi dari dua minggu dan perlu dapatkan rawatan doktor sekiranya berpanjangan. Ini kerana batuk berpanjangan boleh disebabkan oleh penyakit berbahaya seperti perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad di Facebooknya.

Baca juga: Ubat Batuk & Selsema Bukan Untuk Anak Bawah Usia 2 Tahun, Bahaya!

JANGAN PANDANG REMEH BATUK BERPANJANGAN

batuk berpanjangan

Apa punca batuk berterusan? Saya masih ingat seorang pesakit saya yang agak obese, selalu batuk ketika tidur. Dia terjaga kerana batuk berterusan tanpa henti. Bila minum air kosong baru lega sedikit. Dia sudah cuba pelbagai ubat batuk tetapi tiada perubahan yang baik.

Saya tanya bila kali terakhir makan? Dia menjawab selalunya pukul 10pm. Kadang kala lambat sikit. Bila tengah malam lapar, dia pergi ke restoren 24 jam untuk makan roti canai.

Saya percaya berkemungkinan besar, dia mengalami refluks. Ada masalah batuk disebabkan penyakit berbahaya. Ada disebabkan oleh masalah yang ringan.

Antara masalah batuk yang bahaya adalah:

1. Tibi

2. Kanser paru-paru

3. Bronchiectasis

4. COPD (Chronic Obstructive Pulmonary Disease)

Sementara yang kurang bahaya dan dapat dirawat dengan baik adalah:

5. Asthma

6. Post Nasal Phlegm akibat Sinusitis yang kronik

7. Reflux

Saya berikan ubat gastrik untuk kawal masalah beliau untuk sementara waktu. Pada yang sama saya nasihatkan kurangkan berat badan, tidur gunakan alas kepala yang agak tinggi dan tidak makan berat 2 jam sebelum tidur.

Sumber: Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×