“Anak batuk tapi tak boleh bagi ubat pula, macam mana ni…”
Bercakap mengenai ubat, masih ramai lagi dalam kalangan ibu bapa mahupun orang dewasa masih lagi tidak mengetahui bahawa ubat batuk dan selsema tidak sesuai dan tidak boleh digunakan untuk merawat kanak-kanak di bawah usia dua tahun. Ini bermakna, ibu bapa haruslah peka dan tahu beberapa istilah ubat batuk agar risiko berbahaya dapat dielakkan serta tidak mendatangkan kemudaratan terhadap anak tercinta.
Baca juga: Farah Nabilah Kongsi Cara Buat ‘Pasir’ Sendiri Untuk Anak, Termasuk Mulut Pun Selamat!
UBAT BATUK & SELSEMA BUKAN UNTUK ANAK BAWAH 2 TAHUN
Perkara ini dikongsikan oleh Public Health Malaysia yang menyatakan beberapa risiko bahaya untuk anak-anak bawah usia yang ditetapkan. Waspada, ubat batuk & selsema tidak sesuai untuk diberikan kepada kanak kanak berusia 2 tahun ke bawah. Pemberian ubat menyebabkan risiko:
- Sawan
- Jantung berdegup kencang
- Kematian
ISTILAH UBAT BATUK YANG SERING DIGUNAKAN
RAWATAN BATUK & SELSEMA SELAMAT UNTUK KANAK-KANAK BAWAH USIA 2 TAHUN
Berikut kami kongsikan apa rawatan yang selamat untuk kanak kanak dan bayi. Kebanyakan gejala akan reda dalam 5 hari ke 2 minggu.
PELEMBAB UDARA (TIDAK PERLU AROMA)
SEMBURAN/TITISAN NORMAL SALINE
MINUM AIR YANG CUKUP
PENYEDUT HINGUS
Sekiranya berterusan dan semakin serius, dapatkan rawatan segera.
Sumber: Facebook Public Health Malaysia