Asuh

Farah Nabilah Kongsi Cara Buat ‘Pasir’ Sendiri Untuk Anak, Termasuk Mulut Pun Selamat!

59
SHARES

Pelakon cantik jelita, Farah Nabilah kini lebih banyak menghabiskan masa bersama putera sulungnya bernama Andre Omar. Telatah Andre sering menarik perhatian peminat Farah di Instagram kerana ada sahaja aktiviti menarik yang dilakukan bersama-sama.

Terbaru, menjengah ke Instagram Farah, satu posting mengenai Andre dimuat naik dan posting tersebut dibanjiri komen daripada ibu-ibu yang turut teruja melihat idea Farah.

Baca juga: Jangan Pandang Rendah Mainan Murah, Banyak Manfaat Untuk Otak Anak!

FARAH NABILAH KONGSI CARA BUAT ‘PASIR’ SENDIRI UNTUK ANAK

Menurut pelakon berusia 29 tahun itu, idea tersebut terhasil kerana Anak lelakinya itu kini sedang dalam fasa suka memasukkan apa sahaja ke dalam mulut. Justeru itu, dia mengambil keputusan untuk membuat ‘pasir’ sendiri dan menariknya, Farah hanya menggunakan bijirin yang sudah tidak digunakan dan kisar halus.

“Dre tengah mouthing phase lagi. Semua benda masuk mulut. Batu, pasir, daun all lah ! So I decided to make my own edible sand from cereals yang dah lemau tu, dari buang blend je jadikan sand hehe,” jelasnya di ruangan kapsyen.

“WAH, GOOD JOB MUMMY…”

Idea Farah Nabilah menggantikan pasir dengan bijirin itu sudah semestinya menerima pujian kaum ibu di luar sana yang turut teruja melihat idea kreatif Farah.

Warganet juga sempat memuji kecomelan Andre yang bakal menyambut kelahiran berusia satu tahun pada 22 Oktober akan datang. Wah, comel sungguh ya!

Sumber: Instagram Farah Nabilah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×