Sihat

Tangan Kerap Rasa Kebas & Sesemut, Periksa Cepat Mungkin Anda Hidap Sindrom Carpal Tunnel!

12
SHARES
SINDROM CARPAL TUNNEL

Pernah tak rasa tangan tiba-tiba kebas, sakit semasa menaip dan mengemas? Itu mungkin anda mengalami masalah sindrom carpal tunnel. Sindrom carpal tunnel merupakan kesakitan saraf median akibat tekanan yang berpanjangan.

Carpal tunnel adalah lorong sempit yang melintasi pusat pergelangan tangan anda. Ia berlaku apabila tekanan yang kuat dan berterusan menyebabkan tangan berasa kebas sakit, dan kelemahan.

Baca juga: Umur Baru 20 Tapi ‘Skru’ Lutut Dah Longgar? Guna Petua Mujarab Ini Kuatkan Lutut

TANDA SINDROM CARPAL TUNNEL, JANGAN BIARKAN

SINDROM CARPAL TUNNEL

Awas jika anda ada tanda-tanda ini:

Sindrom carpal tunnel boleh berlaku apabila:

1. Terlalu banyak pergerakan berulang kali menggunakan tangan ataupun pergelangan tangan (contohnya penggunaan papan kekunci komputer).

2. Tekanan dan gegaran yang berlebihan pada tangan atau pergelangan tangan.

3. Tendon pada kawasan terlibat bengkak dan menekan saraf median, mengakibatkan kesakitan dan kekebasan pada pergelangan/tapak tangan.

SINDROM CARPAL TUNNEL

4. Kecederaan atau kepatahan tulang di pergelangan atau tapak tangan.

5. Pemendapan air di kawasan berkaitan seperti yang berlaku sewaktu mengandung atau pada pesakit kencing manis.

6. Posture yang tidak betul atau tidak ergonomik.

Jangan risau, gejala carpal tunnel ini boleh dikurangkan dengan:

Sekiranya berterusan, jumpa doktor untuk pemeriksaaan dan rawatan seperti ubatan anti radang, tahan sakit, fisioterapi (regangan & modaliti lain), suntikan corticosteroid dan pembedahan tenosynovectomy.

Sumber: Facebook Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×