40 Minggu

10 Perkara Ibu Mengandung Selalu Percaya, Rupanya Mitos Sahaja!

3
SHARES

“Jangan makan kicap tu, nanti anak hitam!”

Bila tengah mengandung ini, memang macam-macam pantang larang yang kita dengar daripada orang tua. Ada yang cakap lain dan ada juga yang berlawanan pendapat sehingga membuatkan si ibu pening dengan larangan tersebut.

Jangan risau, Dr Samhan ada berkongsi 10 perkara ibu mengandung selalu percaya tetapi sebenarnya ianya mitos sahaja. Nak tahu apa? Ikuti perkongsiannya di bawah.

Baca juga: Hukum Dedahkan Baby Bump, Jangan Pandang Ringan!

10 PERKARA IBU MENGANDUNG SELALU PERCAYA, RUPANYA MITOS SAHAJA

1. MAKAN NENAS PENYEBAB KEGUGURAN

Menurut laman web LiveStrong, logik di sebalik mitos kehamilan ini adalah berdasarkan sejenis kompaun digelar bromelain yang terdapat dalam nenas. Bromelain ini dikatakan dapat memecahkan protein lalu menyebabkan pendarahan dan keguguran.

Rana Conway, penulis buku “What to Eat When You’re Pregnant” yang mengkaji hal ini menjelaskan sebenarnya tubuh kita tidak akan mendapat kesan buruk daripada bromelain melainkan kita memakan 7-10 biji buah nanas sekaligus dalam satu masa.

2. HUBUNGAN SEKS BAHAYAKAN JANIN

Wanita mengandung tidak boleh melakukan hubungan seks.Hubungan seks akan menyakiti janin dan dan menyebabkan keguguran. Jangan risau, hubungan intim adalah selamat kerana secara fizikalnya bayi anda dilindungi oleh air ketuban (amniotic sac) dan otot rahim yang kuat.

3. MINUM AIS BAYI JADI BESAR

Salah. Tiada kaitan minum ais bayi akan jadi besar.Bayi akan jadi besar jika kerap minum minuman manis bersama ais dan menyebabkan kencing manis ketika mengandung(Gestational diabetes mellitus).

4. MAKAN KICAP BAYI GELAP, MINUM SOYA BAYI PUTIH

Anggapan ini adalah tidak berasas kerana warna kulit bayi tidak ditentukan oleh makanan ibu hamil. Sebaliknya, warna kulit manusia bergantung kepada pigmen dan juga genetik anda.

5. BENTUK PERUT BOLEH MENENTUKAN JANTINA ANAK 

Terdapat 2 perkara yang boleh mempengaruhi bentuk dan saiz benjolan perut wanita hamil iaitu saiz janin serta kedudukannya dalam rahim.

Yang pertama ialah saiz bayi. Memang benar bahawa purata bayi lelaki lebih berat jika dibandingkan dengan bayi perempuan, dan ini dapat menyebabkan benjolan untuk seorang lelaki tampak sedikit lebih besar. Tetapi perbezaan kecil dalam berat badan ini tidak mengubah bentuk benjolan perut bakal ibu.

Yang kedua ialah kedudukan janin dalam rahim. Jika bahagian depan janin itu menghadap perut ibunya maka perut bakal ibu itu akan tampak lebih besar dan terkeluar. Jika janin itu membelakangi perut ibunya maka perut ibu akan kelihatan lebih rata dan kecil.

6. TIDAK BOLEH BERLARI KETIKA HAMIL

Mengandung tidak bermakna para ibu harus berhenti berlari, lebih-lebih lagi yang memang suka aktiviti itu. Bersenam ketika hamil adalah aktiviti yang amat digalakkan, malah ia mampu meningkatkan kecergasan tapi ramai yang menganggap apabila disahkan hamil, semua aktiviti senaman harus dihentikan.Tetapi jangan keterlaluan.

7. KOPI MEMBAHAYAKAN KANDUNGAN 

Secara teorinya kafein dapat meningkatkan tekanan darah dan membuat wanita mengandung sering buang air kecil. Selain itu, ia dipercayai dapat menembusi plasenta dan menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan. Seorang wanita hamil dibolehkan mengambil kurang daripada 200mg kafein setiap hari. Ini bermaksud, hadkan pengambilan kopi anda kepada 1 cawan sehari.

8. IBU HAMIL PATUT MAKAN UNTUK 2 ORANG

Ibu hamil sepatutnya mengambil pemakanan yang betul dan nutrisi yang cukup terutamanya individu yang berisiko terhadap kencing manis semasa mengandung.

9. MORNING SICKNESS HANYA BERLAKU WAKTU PAGI

Morning sickness atau mual adalah gejala kehamilan yang paling kerap berlaku pada wanita hamil. Sehingga 80% wanita hamil mengalami masalah ini tetapi hanya 2% yang menderita hanya pada waktu pagi.

Walaupun terdapat perkataan ‘morning’ namun gejala ini boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang hari. Dalam majoriti kes, ia berakhir selepas trimester pertama, tetapi 20% wanita hamil mengalaminya sehingga bersalin.

10. LETIH & MENGIDAM ADALAH TABIAT ‘TERLEBIH’ MANJA

Sebagai suami anda harus faham bahawa perubahan turun naik hormon dalam tubuh seseorang wanita adalah berbeza. Ia juga bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikawal. Jadi, pastikan ibu mengandung mengikut nasihat doktor.

Sumber: Twitter Dr Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×