Sakit lutut boleh berlaku tanpa mengira peringkat umur namun ia selalu terjadi dalam kalangan orang lebih berumur. Sakit lutut sememangnya boleh mengganggu aktiviti harian kerana tidak boleh berjalan dan berdiri.
Sesetengah kes, sakit lutut perlu dirawat menggunakan ubat tetapi boleh juga dirawat dengan menggunakan bahan semula jadi seperti perkongsian Nurliyana Shukri. Petua hilangkan sakit lutut yang dikongsikan hanya menggunakan tiga bahan utama, mudah kan?
Baca juga: Petua Kecantikan Kulit Guna Beras Macam Nenek Selalu Buat, Barulah Lawa!
PETUA HILANGKAN SAKIT LUTUT MEMANG LEGA, FUH!
Mudah dan berkesan!
Bahan-bahan:
- 1 ketul halia
- 1 cawan air
- Sedikit perahan lemon
- Sedikit madu
Cara penyediaan:
1. Hancurkan 1 ketul halia dan masukkan ke dalam 1 cawan air. Kacau hingga sebati.
2. Masukkan 1 cawan air yang dicampur halia ke dalam periuk/kuali. Didihkan selama 10 minit.
3. Selepas 10 minit, tapis air halia tadi. Masukkan sedikit jus lemon dan madu ke dalam air halia.
Sedia untuk dinikmati. Boleh minum 2-3 cawan setiap hari sehingga sakit lutut hilang.
Selamat mencuba. Semoga bermanfaat buat semua.
Sumber: Facebook Nurliyana Shukri