Kalau ikut petua orang dulu-dulu tak pernah tak menjadi. Betul tak? Antara petua sering menjadi bualan ramai adalah mengenai kecantikan menggunakan beras. Ramai ambil ringan dan tak percaya bahawa dengan menggunakan beras mampu mencantikan kulit seperti yang dilakukan oleh nenek.
Kalau nak tahu petua kecantkan kulit guna beras macam nenek selalu buat, boleh ikuti perkongsian yang dikongsikan oleh Mastura Rashid di bawah. Kulit lebih anjal dan licin.
Baca juga: “Malunya Lutut Hitam…”-Jangan Risau, Jom Putihkan Guna Bahan Di Rumah Je
PETUA KECANTIKAN KULIT GUNA BERAS MACAM NENEK SELALU BUAT, SUKANYA!
Untuk naikkan seri muka:
1. Bila nampak nasi yang kita masak tu dah nak kering, cedok 2 sudu besar air nasi. Kemudian, lumur dekat muka dan leher waktu suam. Biar sampai kering dan bilas.
2. Mak-mak yang pucat lepas bersalin, boleh cuba petua nombor dua ni pula. Ambil secawan beras, basuh bersih lepas tu kisar dengan 1 inci kunyit.
Dah kisar, tambah sedikit air sejuk untuk jadikan pes pekat. Cuci muka dan lumur pada bahagian muka dan leher dengan pes tadi. Biarkan 10 minit dan bilas.
Cara ini boleh buatkan daki tertanggal sekali dan meninggalkan muka cerah berseri bak bidadari.
Untuk haluskan kulit:
1. Bancuh 3 sudu besar tepung beras dengan air suam. Lepas tu sapu di muka, biarkan kering kemudian bilas. Nak campur madu pun boleh. Madu bagus untuk kulit kerana cepatkan proses penyembuhan luka-luka kecil di muka.
2. Guna beras pulut hitam. Cara dia, jemur 2 genggam pulut hitam. Kisar sampai jadi tepung. Campur dengan kuning telur dan jus limau nipis.
Kemudian lumur pada muka dan leher. Biar kering kemudian bilas. Cara ini pun bagus untuk kulit muka berminyak.
Nampak tak, dari segenggam beras macam-macam petua boleh anda cuba. Mudah dan ringkas kan? Boleh cuba seminggu sekali.
Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Mastura Rashid