Dapur

Ketahui Kegunaan Madu Mengikut Jenis & Rupanya Ada Lebih 300 Pilihan!

49
SHARES

Madu sangat terkenal dengan pelbagai seribu satu khasiat kepada manusia. Ianya telah digunakan sejak zaman-berzaman dan abad-berabad lamanya.

Menurut perkongsian Puan Mastura Rashid, madu mempunyai lebih 300 jenis di muka bumi ini. Banyak sangat jenis madu, mesti anda tak tahu fungsinya kan? Mari ikuti penjelasan di bawah mengenai kegunaan madu mengikut jenisnya dan jawapan kepada beberapa persoalan menarik yang sering diajukan mengenai madu.

Baca juga: Rahsia Sambal Sotong Kembang ‘Power’ Berlemak & Petua Masak Sotong

KETAHUI KEGUNAAN MADU MENGIKUT JENIS

Madu-madu ni ada yang dah lama. Saya makan ikut keperluan.

Saya sambung pasal madu ya. Harini nak share kegunaan madu ikut jenis-jenis dia pula. Jemput baca.

Maaf sharing ni agak panjang. Kalau ada masa, bacalah sampai habis. InsyaAllah dapat kita ilmu baru tentang madu. Oh ya, gambar di bawah adalah jenis-jenis madu yang ada dalam simpanan saya. Banyak kan?

Okay, sebelum tu saya nak jawab dulu ya beberapa soalan yang ditanya dalam komen sebelum ni.

1. MACAM MANA NAK BEZAKAN MADU ASLI & TIRUAN?

Madu manuka. Keruh dan sangat-sangat likat. Rasa manis macam buah.

Susah. Memang susah kecuali ada sijil. Dan saya tak malu mengaku yang saya tiada kemahiran dalam hal ni.

Tau tak, ada lebih 300 jenis madu wujud di muka bumi ni, termasuklah madu beracun di Gunung Himalaya.

Waktu masuk kelas herba tahun 2018 dulu, kelas saya ada buat lawatan sambil belajar ke Genome Institute Malaysia. Ada satu lab yang kami masuk tu penuh dengan bermacam-macam jenis madu yang sedang diujikaji komposisi dan ketulenannya.

Jadi dari situ saya belajar, untuk sahkan madu itu asli atau tidak hanyalah dengan ujikaji di lab saja. Atau kita saksikan sendiri bagaimana madu tu dikutip.

Actually bukan madu saja banyak jenis, lebah punnnn tak terbilang jenis dan fungsinya.

Kita dah tak boleh pakai tau ujikaji guna air, api dan entah apa-apa lagi. Sebab zaman kereta terbang ni, kau jangan heran China punya teknologi mengkopi madu sangat hebat hinggakan mudah-mudah saja kita ditipu.

Antara madu tiruan dari China yang paling banyak dijual sekarang adalah madu sarang dalam tupperware. Datang dengan bermacam-macam label dan claim hingga kita pun terpedaya. Nak sihat dengan madu, tapi sakit yang dapat.

2. MADU APA YANG TERBAIK UNTUK SESETENGAH PENYAKIT?

Madu sidr. Jernih dan likat tapi kelikatannya kurang sikit dari manuka. Rasa manis buah. Perasan tak sidr dan manuka ni tahap kejernihannya berbeza yang amat?

MASALAH LUKA DALAMAN

Waktu saya pantangkan anak bongsu tahun 2015 dulu, saya amalkan minum madu sidr yang dicampur dengan pati delima, saffron dan habbatussauda.

Alhamdulillah luka pembedahan baik cepat walaupun pernah pecah (itu pun pecah sebab banyak bergerak keluar masuk rumah untuk ke klinik sebab baby prolonged jaundice).

Jadi madu sidr sangat bagus untuk masalah luka dalaman.

MASALAH ASMA, PARU-PARU / SISTEM PERNAFASAN

Untuk masalah asma, paru-paru atau respiratory system, madu kelulut antara yang terbaik. Dan dia lebih mild untuk kanak-kanak berbanding madu lain.

Saya pernah minum madu kelulut hutan waktu kena batuk dan selesema teruk. MasyaAllahh kejap je baik.

Tapi rasa dia aduhhhh masam yakmattt. Sakit otak nak menelan.

MASALAH IMUNITI BADAN RENDAH

Untuk masalah imuniti badan rendah, manuka honey is the best. Sebab madu manuka ni tinggi vitamin c dan segala jenis vitamin yang crucial untuk pembentukan immune system badan.

LUKA LUARAN

Gambar hiasan: Medcom.ID

Untuk luka luaran, madu akasia sangat bagus. Sapu je di luka, insyaAllah cepatlah dia baik. Sebab tulah juga kalau buat lipscrub, saya prefer madu akasia sebagai healing ingredient. Alhamdulillah cepat je luka bibir sembuh dan kesan hitam bibir hilang.

Dan amalan makan madu akasia ni juga boleh melindungi fungsi hati dan buah pinggang dari merosot.

MASALAH CIRIT-BIRIT TERUK

Untuk masalah cirit birit, saya suka makan madu tualang dan kelulut (untuk anak). Saya tak cakap pasal cirit birit sekali dua je sehari tau. Tapi saya bercakap tentang cirit birit hingga 10 kali sehari. Kiranya sampai lembiklah kau setiap kali keluar toilet.

Cukup dengan makan 2 sudu besar madu tualang pagi, tengahari dan petang, insyaAllah settle cirit birit tu. Madu tualang tinggi probiotik dan ia sangat bagus untuk usus selain dari digunakan sebagai ramuan jamu.

MENINGKATKAN TENAGA BATIN

Gambar hiasan: Lifepack

Untuk meningkatkan tenaga batin, sukalah saya sarankan untuk makan madu hutan yang raw dan unprocessed (tak kisahlah pokok apa pun samada tualang, durian dll).

Kerana madu hutan ni datang dari beribu-ribu jenis bunga (multifloral) pokok hutan, maka khasiatnya untuk tenaga dalaman dan kesuburan tubuh badan lebih tinggi berbanding madu unifloral (sejenis saja bunga contohnya madu lebah bela).

Dan madu saya makan untuk suami isteri ni adalah madu yang dicampur dengan herba dan kekacang yang tinggi khasiat untuk kesuburan suami dan isteri. Awww…

MASALAH KULIT

Untuk masalah kulit muka yang berjerawat, berminyak dan selalu ada masalah bisul, saya sarankan guna madu akasia atau unifloral honey contohnya sidr dan manuka.

Sebab multifloral honey (contohnya madu hutan) mungkin buatkan sesetengah orang naik rashes. Jadi tak sesuai.

JENIS-JENIS MADU MENGIKUT TURUTAN DI DALAM GAMBAR

Oh ya, lupa nak mention jenis-jenis madu dalam gambar ni.

Dari kiri:

  • Madu akasia borneo (bawah), madu black forest arab (atas).
  • Madu sidr, madu suami isteri (botol bulat takde label-atas tengah), madu manuka new zealand (atas).
  • Madu durian hutan sarawak (dah disimpan sejak tahun 2017).
  • Madu pokok jambu (dah crystallized pulak dia).
  • Madu biasa yang biasa saya guna untuk makan dengan roti dan buat ayam bakar.
  • Madu kelulut (bawah), madu tualang (atas).

3. MADU BOLEH ROSAK KE?

Madu kelulut. Jernih dan agak cair. Rasa manis tapi di hujungnya ada sedikit masam.

Oh ya, madu adalah satu-satunya makanan yang tak akan pernah rosak walau disimpan 100 tahun. Cuma rasanya saja akan berbeza mengikut kadar fermentasi yang berlaku.

4. BETUL KE GUNA SUDU BESI MADU BOLEH ROSAK?

Madu suami isteri. Campuran kekacang dan herba untuk panaskan badan dan tingkatkan kesuburan suami dan isteri. Untuk madu ni kita boleh guna madu arab atau tualang. Rasa agak unik dan pelik sebab dah campur macam-macam kannn. Mungkin ada yang tak suka.

Okay, kan saya pergi genome institute di mana di sinilah berkumpulnya saintis-saintis yang mengkaji herba dan madu dunia. Jadi saya tanya salah seorang dari mereka betul ke mitos ni?

Jawapannya tidak.

Sebenarnya takde efek pun nak guna sudu jenis apa kalau setakat nak cedok madu untuk makan time tu jugak. Cuma disebabkan madu ni sifatnya asidik, ada kemungkinan besi sudu tu boleh berkarat jika ditinggalkan lama-lama dalam bekas madu.

Tapi, setiap madu pun nilai asidiknya berbeza. Ada kuat ada lemah. Jadi kadar karat yang berlaku pun bergantung.

5. MADU APA PALING BAGUS?

Madu pokok jambu. Jernih dan cair tapi mudah crystallized sebab tinggi kandungan gula. Ni pun cair sikit sebab saya dah rendam botol madu dalam air panas. Oh ya, rasanya manis tapi di hujungnya ada rasa masam sikit.

Saya tiada jawapan. Sebab khasiat madu ni dah diriwayatkan dalam hadis dan al quran. Makanlah madu apa pun, insyaAllah tak pernah sia-sia.

Yang penting, pastikan ianya asli. Bukan tiruan yang dicampur gula dll. Dan yang terbaik adalah, yang raw and unprocessed.

Mak oiii panjangnya dah tulis. Ada ke orang baca sampai habis? Hahaha. Okay, semoga bermanfaat ya gais. Muahciked!

Sumber: Mastura Rashid vs Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×