Dapur

Rahsia Sambal Sotong Kembang ‘Power’ Berlemak & Petua Masak Sotong

72
SHARES

Ada di antara kita yang kurang gemar makan sotong kerana teksturnya yang liat dan selalu sangkut di celahan gigi. Sebenarnya, kalau cara penyediaannya salah maka, hasilnya pun menjadi berbeza daripada yang sepatutnya.

Begitulah seperti perkongsian resepi sambal sotong kembang di bawah, yang turut dikongsikan petua bagaimana untuk memasak sotong dengan cara yang betul. Malah, terdapat juga rahsia bahan yang membuatkan hidangan ini menjadi lebih sedap dan berlemak. Jom, belajar buat!

Baca juga: Wanita Kongsi Rahsia Sambal Lado Digilai Ramai, Rupanya Guna Jenis Cili Ini!

RAHSIA SAMBAL SOTONG KEMBANG ‘POWER’ BERLEMAK

Hari ini masak Sambal Sotong Kembang.

RESEPI SAMBAL SOTONG KEMBANG

BAHAN-BAHAN:

  • 3 ekor sotong, bersihkan (Ikot petua, rebus sekejap je. Air dah mendidih terus padam api, biarkan seminit dua kemudian toskan & potong-potong).
  • 6 -7 sdb cili kering kisar (rebus dulu).
  • 2-3 sdb bawang besar kisar.
  • 1 sdb bawang putih kisar.
  • 1 sdb halia kisar.
  • 1-2 biji bawang besar hiris kasar.
  • Seketul kecik gula melaka.
  • 1 sdk pes asam jawa Adabi.
  • Garam & Ajinomoto.
  • Sedikit gula pasir.
  • Semangkuk kecil kacang tanah (goreng & kisar sedikit kasar).

CARA-CARANYA:

1. Panaskan minyak, goreng bawang besar yang dihiris kasar. Goreng sampai sedikit garing.

2. Masukkan bahan-bahan kisar (bawang besar, bawang putih & halia) ratakan sekejap.

3. Masukkan cili kering kisar, ratakan. Masukkan juga gula melaka dan terus tumis.

4. Masukkan garam, Ajinomoto, gula pasir (agak-agak ye), dan sedikit pes asam jawa, gaulkan rata-rata & biarkan hingga naik minyak.

5. Boleh masukkan sotong, gaul rata. Masukkan juga kacang tanah goreng yang dah dikisar kasar.

6. Masukkan sedikit air, gaul lagi. Boleh tambah kacang tanah jika nak.

7. Terus masak hingga sambal naik minyak & wangi. Selalu kacau supaya sambal tak hangit.

Alhamdulillah siap!

INI RUPANYA RAHSIA SAMBAL SOTONG KEMBANG JADI ‘POWER’ BERLEMAK!

 

Sumber: Facebook Har Ryea via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×