Hidangan berasaskan sambal di Malaysia sudah menjadi kebiasaan lidah masyarakat di negara ini. Antara yang digilai ialah hidangan sambal udang yang sangat sedap jika dapat makan bersama nasi panas dan ulam-ulaman.
Buat wanita bernama Nor Seri Azlina Bustani ini pula, air tangan sambal udangnya sering menjadi kegilaan rakan-rakan terdekat kerana rasanya berbeza daripada kebiasaan yang mereka nikmati sehingga teringat-ingat sampai ke rumah. Jom, cari tahu apa rahsianya di bawah!
Baca juga: Dah Bosan Ikan Bakar Melaka? Ini Resepi Ikan Bakar Kuala Perlis Yang Memang Sedap!
Wanita Kongsi Rahsia Sambal Lado Digilai Kenalan, Rupanya Guna Jenis Cili Ini!
GUNA JENIS CILI INI BUAT SAMBAL LADO SEDAP & DIGILAI!
Kisahnya kalau kawan-kawan datang mai rumah sis memang suka masakkan sambal udang. Sampai one of my friend cakap, awat sambal udang kau sedap lain macam sampai balik rumah aku dok teringat.
Tak ada rahsia apa pun, cuma kalau masak sambal sis suka pakai cili Indonesia fresh yang panjang-panjang (dalam gambar).
Cili ni kepedasan dia tahap sederhana. Ngam-ngam pedasnya dan rasa pun memang sedap.
Harga mahal sikit la biasa dekat pasar sampai RM40 sekilo. Kadang sis kirim dekat jiran yang meniaga dia dapat murah sikit dalam RM30 sekilo. Lama boleh pakai sekilo tu sebab cili ni ringan, biji pun kurang buat sambal memang mantappp!
RESEPI SAMBAL LADO CARA SIS AZLINA!
Resepi samballado cara sis.
- Cili.
- Bawang merah.
- Bawang putih.
- Tomato.
- Paste asam jawa 1/2 sudu kecil.
- Belacan fresh (pakai belacan Kuala Perlis) sedap!
(Yang di atas ni semua blender)
- 2 sudu besar santan kotak.
- Garam.
- Gula melaka (nise).
- Perasa jika suka.
“CILI NI MEMANG SEDAP, SAMBAL INDONESIA BANYAK PAKAI NI…”
Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi positif diterima dalam kalangan netizen yang begitu teruja untuk membelinya dan ada juga yang pernah menggunakan cili ini dan ternyata memang sedap!
Malah, terdapat netizen yang berasal dari negara seberang iaitu Indonesia turut mengakui bahawa cili keriting sememangnya digunakan di sana dan rasanya tidak pedas walaupun banyak digunakan.
Sumber: Facebook Nor Seri Azlina Bustani via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)