Dapur

Dah Bosan Ikan Bakar Melaka? Ini Resepi Ikan Bakar Kuala Perlis Yang Memang Sedap!

103
SHARES

Siapa sangka kunjungan ke Kuala Perlis, Perlis untuk menghadiri majlis konvokesyen anak telah memberikan kenangan lain iaitu dapat menikmati keenakan hidangan ikan siakap bakar di negeri itu. Khabarnya, kesedapannya terbayang-bayang sehingga kini.

Justeru itu, jika anda ingin mencuba atau merindui kelazatan ikan siakap bakar di negeri tersebut, apa kata cuba resepi yang dikongsikan oleh Puan Rosmaliza Omar seperti di bawah. Guna jenis ikan lain pun boleh!

Baca juga: Resepi Nasi Briyani Pakistan Asli, Memang Rasa Lain Dari Nasi Briyani Malaysia!

INI RESEPI IKAN BAKAR KUALA PERLIS YANG MEMANG SEDAP!

Kali pertama makan SIAKAP BAKAR stail gini masa pergi konvo anak kat Perlis, boleh tahan sedapnya cicah air asam dan sambal kicap. Simple-simple tapi sedappp!

RESEPI SIAKAP BAKAR ALA-ALA KUALA PERLIS

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan siakap / apa-apa ikan yang suka.
  • 3 sdb majerin/ butter.
  • 4 sdb susu pekat manis.
  • 1/2 cawan santan pekat KARA.
  • Sedikit serbuk kunyit.
  • Garam.

CARA-CARA:

1. Masak semua bahan-bahan diatas kecuali ikan dengan api perlahan hingga agak pekat sedikit.

2. Rasakan manis-manis lemaknya. Setelah nampak sedikit mendidih dan elok pekatnya boleh tutup api. Ketepikan.

3. Ikan dicuci bersih dan gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam.

4. Bakar ikan dengan api sedang. Setelah siap bakar sapukan kuahnya atas ikan sambil-sambil dibakar lagi. Bila dah nampak bersalut elok boleh diangkat.

5 Hidangkan dengan sambal kicap atau air asam kerisik.

Cuba laaa buat gerenti menambah-nambah makan.

SUDAH TERBUKTI SIAKAP BAKAR KUALA PERLIS MEMANG SEDAP!

Kalau anda tidak percaya, lihat sahaja di ruangan komen ternyata ramai dalam kalangan netizen telah merasainya dan ‘sudah terang lagi bersuluh’, kesedapan resepi ikan bakar di Kuala Perlis tak boleh disangkal lagi.

Sumber: Rosmaliza Omar via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×