Dapur

Resipi NASI BERIANI Pakistan Asli, Rasanya Jauh Beza Dengan Versi Malaysia!

164
SHARES
nasi beriani pakistan

Kalau anda dah biasa makan Nasi Beriani Malaysia, apa kata kali ini anda cuba resipi asli Nasi Beriani Pakistan pula. Bak kata wanita bernama Jaja Razali ini, rasanya sangat berbeza dan teknik memasak nasinya pun lain.

Tambahnya lagi, resipi ini merupakan hasil pembelajarannya bersama keluarga mentua dari Pakistan. Wahhh, sudah tentu padu!

Baca juga: Resepi Gulai/Kari Ikan Merah Padu, Sampai Setiap Minggu Suami Minta Masak!

NASI BERIANI PAKISTAN

nasi beriani pakistan

Gambar: Jaja Razali

PERBEZAAN NASI BERIANI PAKISTAN & MALAYSIA

Resepi Nasi Briyani Pakistan. Hasil belajar dengan in law dari Pakistan. Apa beza dengan Briyani Malaysia?

1. Rempah dari Pakistan menghasilkan rasa yang berbeza

Briyani Pakistan guna rempah dari Pakistan. Rasa memang berbeza dengan Briyani Malaysia. Ada jual di shopee jenama Shan atau National, selalu guna 2 brand ni saja.

2. Cara masak beras dengan gravy berasingan

Briyani Pakistan kena masak beras dengan gravy asing asing lepastu layer dalam periuk. Kalau yang masak gravy lepastu masuk beras masuk air masak semua sekali tu yang tu panggil Nasi Pulao bukan Nasi BRIYANI.

Baca juga: Step-By-Step Resepi Nasi Ayam Hainan, Air Rebusan Ayam Wajib Ada Baru ‘Kick’!

RESEPI NASI BRIYANI PAKISTAN ASLI:

Cara nak buat, anggaran 4-5 orang makan.

1. Gravy

nasi beriani pakistan

Gambar: Gravy ayam (kanan), gravy kambing (kiri) – Jaja Razali.

Bahan-bahan dan cara penyediaan:

  • 6 biji bawang saiz sederhana
  • 1 ekor ayam atau 2kg daging/kambing
  • 1/2 cawan minyak.
  • 1 packet rempah Briyani Pakistan
  • 5 cabai hidup
  • Garam
  • 2 biji tomato saiz besar
  • 1/2 cawan yogurt
  1. Panaskan minyak, goreng bawang sampai perang.
  2. Masuk tomato, goreng sekejap dalam 5 minit sampai naik bau.
  3. Masukkan ayam/kambing biar 5 minit.
  4. Masukkan yogurt, garam dan rempah briyani pada api perlahan, sampai ayam/kambing lembut dan naik minyak.
  5. Akhir sekali, masukkan cabai hidup biar beberapa minit.

Baca juga: Resipi Nasi Hujan Panas Tanpa Susu Cair, Pasti Lebih Sedap & Puas Hati

2. Nasi

nasi beriani

Gambar: Nasi Beriani yang sudah 3/4 masak – Jaja Razali.

Bahan-bahan dan cara penyediaan:

  • 3 cawan beras basmathi
  • 3 liter air
  • Biji jintan manis (1 sudu teh)
  • Lada hitam (1 sudu teh)
  • Kulit kayu manis (sebatang)
  • Buah pelaga (1 sudu besar)
  • Garam (4/5 sudu besar)
  1. Beras basmathi direndam 20 minit (air banyak tak apa sebab dia tak lembik macam beras berkanji).
  2. Sementara itu, didihkan air dengan biji jintan manis, lada hitam, kulit kayu manis, buah pelaga dan garam.
  3. Bila mendidih masukkan beras dan biar sampai nasi 3/4 masak dalam anggaran 10 minit.
  4. Tapis nasi, letak sebelah.

Baca juga: Resepi Nasi Minyak ‘Simple’, Set Lengkap Dengan Lauk-Pauk & Acar Mentah!

Langkah terakhir gabungkan kesemuanya!

nasi beriani

Gambar: Nasi Beriani yang sudah di layer berulang kali (kanan), layer paling atas boleh tambah telur rebus, gajus, kismis, bawang goreng biarkan masak atas api perlahan (kiri) – Jaja Razali.

  1. Dalam periuk yang besar, masuk satu layer nasi yang 3/4 masak tadi, letak pewarna kuning/safron dan kemudian letak layer ayam/kambing.
  2. Ulang 2/3 layer, tutup periuk, masak 5 minit atas api sederhana dan 10 minit api paling perlahan.
  3. Dah masak, gaullah nasi itu sebelum hidang.

BOLEH DINIKMATI BERSAMA RAITA / AIR ASAM BANJAR

Boleh makan bersama Raita atau kalau makan dengan Air Asam Banjar pun sedap, terutamanya kalau buat guna daging.

Cubalah! Sama ke tak dengan Nasi Briyani Pakistan, lain orang masak lain rasa dia. Nak tau rasa sebenar nasi Briyani Pakistan macam mana, korang boleh ikut trip sis pergi North Pakistan.

Hari-hari boleh makan Briyani. 8 hari makan Briyani, balik Malaysia boleh ingat dah macam mana rasa dia. Bila cuba buat tahulah jadi ke tak. Mohon like page travel jaja JaJa-ToUch.

Nak kongsi resipi ini atau nak guna untuk berniaga ke, ambil saja. Sedap tau Briyani Pakistan ini. Sis buat untuk jamuan raya office suami sampai termimpi-mimpi lah depa dok tanya bila nak dapat makan lagi.

Selamat mencuba!

Baca juga: ‘Trick’ Mee Goreng Basah Kekal Lembap, Tak Kembang & Berkuah Likat Sampai Esok!

Sumber: Jaja Razali via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

FT Image: Jaja Razali

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×