Dapur

Resipi Nasi Hujan Panas Tanpa Susu Cair, Pasti Lebih Sedap & Puas Hati

474
SHARES
nasi hujan panas

Memandangkan majlis perkahwinan tidak kira musim, kali ini penulis ingin berkongsi resipi nasi hujan panas yang menjadi menu kegemaran semasa kenduri. Menariknya resipi ini, dimasak tanpa menggunakan susu cair dan menggunakan periuk nasi untuk dinikmati bersama keluarga di rumah.

Idea resipi nasi hujan panas yang diolah Cik Min ini, sesuai untuk 4 orang makan tetapi anda boleh gandakan bahan jika berkeluarga besar. Kalau nak tahu kenapa, ia tidak menggunakan susu cair, anda kena terus baca resipi di bawah.

Baca juga: RAHSIA Sosej Homemade Lazat Guna Daun Pisang, Memang Kualiti Terbaik!

NASI HUJAN PANAS TANPA SUSU CAIR

nasi hujan panas

Gambar: Bebelan Cik Min

Bagi artikel kali ini aku ingin kongsikan resipi kegemaran Malaysia di musim perkahwinan. Memandangkan sekarang adalah musim kenduri jadi aku ambil kesempatan ini untuk berkongsi resipi Nasi Hujan Panas versi aku.

Bahan-bahan:

  • 2 pot beras basmathi
  • 3 pot air*
  • 1 biji bawang holland
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji bunga lawang
  • 3-4 biji buah pelaga
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit pewarna hijau, merah dan kuning

Baca juga: WOW, Telur Masin Homemade Ini Tak Pakai Telur Itik Pun & Kos Lebih Jimat!

Di dalam perkongsian Cik Min, semasa proses menggaul cukup sekadar bagi sebati dan jangan gaul kasar kerana ia akan menghancurkan bentuk beras basmathi. Selain itu, jika anda menggunakan susu cair, kurangkan sedikit nisbah air agar nasi tidak lembik.

Namun, menariknya resipi Cik Min tidak menggunakan susu cair. Hal ini kerana, menurut Cik Min nasi hujan panas tanpa susu lebih tahan lama dan tidak cepat basi.

Cara memasak:

  1. Bawang holland, bawang putih dan halia dikisar halus dan ketepikan.
  2. Panaskan marjerin dan minyak sapi dalam rice cooker.
  3. Masukkan bahan kisar.
  4. Masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang, tumis sehingga bahan naik bau.
  5. Masukkan beras basmathi dan garam.
  6. Masukkan air mengikut sukatan dan kacau sedikit bagi semua bahan sebati. *(sukatan untuk 1 pot basmathi ialah 1 pot beras = 1 1/2 pot air)
  7. Tutup periuk nasi dan biarkan hingga rice cooker terpadam sendiri.
  8. Setelah nasi masak segera titikkan pewarna ke dalam nasi yang tengah panas (titik pewarna di tempat berlainan – guna 3 pewarna), kemudian tutup kembali periuk.
  9. Balik atau gaulkan nasi 2 kali ketika ingin hidangkan nasi agar warnanya terbentuk cantik.
  10. Sedia dihidangkan.

Anda juga boleh masukkan sedikit susu cair ketika memasak nasi untuk tambahkan rasa lemak tapi kurangkan sedikit nisbah air agar nasi tidak lembik. Tapi aku secara jujur agak kurang gemar masukkan susu kerana nasi hujan panas tanpa susu lebih tahan lama dan tidak cepat basi.

Baca juga: Rahsia TANAK Pulut Cantik Tak Melekat, Ini Resepi Pulut Durian Kuah Santan!

Sumber: Bebelan Cik Min

FT Image: Bebelan Cik Min

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×