Dapur

Resepi Nasi Kacang Kuda Viral, Masakan Indo-Pakistani Yang Confirm Anak Jatuh Cinta!

78
SHARES

Mesti anda jarang dengar nama hidangan nasi kacang kuda kan? Ini merupakan hidangan daripada orang Indo-Pakistani, turut dikenali sebagai chana chawal atau chana pulao.

Melalui perkongsian resepi nasi kacang kuda yang dibuat oleh Puan Siti Hazneza, ianya telah menjadi makanan kesukaan si anak berusia 4 tahun. Selain dimakan bersama nasi, boleh juga dicicah dengan roti nan. Mesti sedap ni! Resepinya pun mudah, mari cuba resepi dibawah.

Baca juga: Resepi Badak Berendam Viral, Lemak-Lemak Manis Memang Padu!

RESEPI NASI KACANG KUDA VIRAL, MASAKAN INDO-PAKISTANI YANG CONFIRM ANAK JATUH CINTA!

Orang Indo-Pakistan panggil chana. Orang Punjabi panggil chole. Orang Barat panggil chickpeas. Kita panggil kacang kuda.

Resipi ni sangat ringkas. Berkhasiat sebab kacang kuda kaya protein dan asid folik.

Kali pertama makan semasa pot luck keluarga Muslim di Acadia Park, UBC. Kak Zubaidah dari Pakistan bawa nasi kacang kuda. Anak sulung suka sangat nasi tu. Tapi apabila saya buat di rumah (main agak-agak resipi), dia akan cakap,

“Rasa tak sama macam mama Sakiba.” Tak padan dengan umur empat tahun! Sakiba anak Kak Zubaidah yang berkawan dengan anak saya.

Kak Zubaidah tidak fasih berbahasa Inggeris. Jadi saya minta tolong anak perempuannya, Mahmudah untuk sampaikan kepada Kak Zubaidah yang saya nak belajar cara buat nasi kacang kuda daripadanya.

Dua hari selepas itu, sedulang nasi sampai ke rumah kami. Saya jelaskan kepada Mahmudah saya nak resipinya apabila kami berjumpa selepas itu. Tiga hari kemudian sampai sedulang lagi nasi. Saya jadi takut nak sebut dah haha.

Saya cari di internet dan jumpa Cooking With Faiza. Ma shaa Allah, beliau sangat banyak membantu saya memasak hidangan-hidangan Indo-Pakistani. Saya buat nasi kacang kuda di rumah dan kali ini anak saya kata,

“Sedap, mama!” Alhamdulillah.

Jika mahu buat chana chawal atau chana pulao iaitu nasi kacang kuda, boleh tambah beras basmathi dan ukuran air yang mencukupi. Nak makan dengan nasi boleh atau nak cicah dengan roti nan pun sedap.

Boleh buat pekat atau berkuah. Saya buat berkuah sedikit sebab nak makan dengan nasi putih.

RESEPI NASI KACANG KUDA!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 labu bawang besar – didadu kasar.
  • 2 sudu teh jintan putih biji.
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar.
  • 1 sudu teh serbuk kunyit.
  • 1 sudu teh serbuk briyani.
  • 2 sudu makan halia – bawang mesin.
  • 5 – 6 ketul ayam (jika mahu).
  • 1 tin kacang kuda (dengan airnya sekali).
  • 1 biji cili muda – dihiris.
  • Daun sup.
  • Daun bawang.
  • Garam secukup rasa.
  • Lada hitam secukup rasa.
  • Serbuk stok ayam secukup rasa (jika mahu)

Penerangan pada setiap gambar.

PENYEDIAAN NASI KACANG KUDA:

1 labu bawang besar didadu kasar atau boleh blend jika anak-anak tidak suka nampak bawang.

2 sudu teh jintan putih.

Tumis bawang dan jintan putih sampai bawang layu. Tidak perlu terlalu garing.

Tambah:

  • 1 sudu makan serbuk ketumbar.
  • 1 sudu teh serbuk kunyit.
  • 1 sudu teh serbuk briyani/kurma/sup.
  • 2 sudu makan halia bawang mesin.

Sepatutnya 1 sudu teh serbuk jintan putih namun saya kehabisan. Boleh juga guna serbuk kari jika mahu warna kemerah-merahan atau tambah serbuk cili.

Apabila rempah sudah garing, masukkan ayam. Saya cuma guna bahagian tulang-tulang untuk ambil manis.

Jika mahu jadikan vegetarian, abaikan langkah ini dan kuah kacang kuda ini sedap walaupun tanpa daging.

Tambah 1 tin kacang kuda dengan airnya sekali.

Tambah hirisan daun sup, daun bawang dan cili muda (hijau).

Masakan Indo-Pakistani banyak guna cili muda atau cili padi hijau. Profil rasa pedas cili muda dan cili padi hijau berbeza daripada cili hidup atau cili padi merah. Jika mahu pedas lagi, boleh tambah cili padi hijau.

Lebih sedap jika ada daun ketumbar.

Siap kuah kacang kuda untuk makan dengan nasi putih.

Di rumah ini, mereka ulang makan kuah kacang kuda ni semata-mata macam makan bubur. Selamat mencuba.

Sumber: Facebook via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×