Dapur

Resepi Badak Berendam Viral, Lemak-Lemak Manis Memang Padu!

63
SHARES
resepi badak berendam

Kuih badak berendam ini sangat terkenal di negeri Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Bahkan, kuih tradisional ini sudah mendapat tempat di hati seluruh rakyat Malaysia.

Kalau anda selalu mengunjungi pasar malam atau bazar makanan, memang akan sentiasa nampak kuih ini dijual di mana-mana. Jika anda ingin cuba buat sendiri, apa kata cuba resepi kuih badak berendam di bawah yang kaya dengan rasa manis berlemak.

Baca juga: Resepi Tepung Pelita Bunga Telang Viral, Warna Biru Asli Bukan Pewarna!

RESEPI BADAK BERENDAM VIRAL, LEMAK-LEMAK MANIS MEMANG PADU!

Lama tak buat ‘badak berendam’ lemak-lemak manis bersatu letop-letop dalam mulut, eh tang mana badaknya? haha.

“BADAK BERENDAM” by “MARIANA ZAINAL”

RESEPI BADAK BERENDAM

1. PENYEDIAAN INTI KELAPA

BAHAN INTI KELAPA:

  • 1 cawan air panas.
  • 1/2 cawan gula merah cap Bintang.
  • 2 sudu besar gula pasir

(satukan kacau-kacau hingga larut dan tapis bahan di atas)

  • 1/2 biji kelapa parut.
  • 1 1/2 sudu besar tepung gandum.
  • Secubit garam.
  • 1 helai daun pandan disimpul.
  • 1/2 sudu teh kicap karamel untuk cantikkan warna inti(takda pun takpa).

CARA-CARANYA:

1. Panaskan air gula merah dan daun pandan dalam kuali.

2. Bila mendidih masukan kelapa parut, gula dan garam.

3. Kacau hingga agak kering masukan tepung gandum.

4. Dah sebati tutup api, biarkan sejuk (dah sejuk boleh bulat-bulatkan).

2. PENYEDIAAN ADUNAN HIJAU

BAHAN ADUNAN HIJAU:

***DIDIHKAN AIR DALAM PERIUK***

Sambil-sambil tu bancuh bahan doh hijau.

  • 2 cawan tepung pulut.
  • 2 sudu besar membukit tepung gandum.
  • Secubit garam.
  • 1 cawan air pandan (kisar 1 cawan air dengan 3 helai daun pandan dan perah ambil patinya).

CARA-CARANYA:

1. Satukan tepung dan pati pandan.

2. Gaul hingga jadi doh yang tidak melekat ditangan.

3. Bulat-bulatkan doh, masukkan inti kelapa dan bulat-bulatkan.

4. Kemudian masukkan dalam air yang mendidih.

5. Apabila dah timbul angkat dan toskan.

3. PENYEDIAAN KUAH PUTIH

BAHAN KUAH PUTIH:

  • 1 cawan santan pekat (saya guna 1 kotak kecil santan brand KARA).
  • 3 cawan air.
  • 1/2 sudu teh garam.
  • 2 cubit gula.
  • 3 sudu besar membukit tepung beras.
  • 2 sudu besar membukit tepung gandum.

CARA-CARANYA:

1. Satukan semua bahan, kacau hingga larut dan tapiskan ke dalam periuk.

2. Guna api sederhana perlahan, masak dan kacau adunan guna whisk/senduk hingga mendidih dan agak pekat.

3. Terus tutup api dan segera sendukkan ke dalam tipuware.

4. Setiap 1 tipuware (kod bekas sQ250), masukan 1 1/2 senduk dan terus letak bebola hijau yang dah siap di toskan tadi.

SIAP! SEDAP DIMAKAN KETIKA PANAS ATAU PUN SEJUK.

Silakan SHARE dan selamat mencuba.

Sumber: Facebook Mariana Zainal via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×