Dapur

Resepi Tepung Pelita Bunga Telang Viral, Warna Biru Asli Bukan Pewarna!

150
SHARES

Siapa sangka kuih tradisional lembut ini yang sentiasa dilihat berwarna putih dan hijau boleh juga menjadi putih dan biru dengan dihiasi bunga diatasnya. Rasanya berlemak manis memang menjadi kegilaan rakyat Malaysia.

Keunikan resepi tepung pelita ini telah dikongsikan oleh Puan Siti Khairun Nur Akmal. Sedap pun sedap, cantik apatah lagi sedap betul mata memandang. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Laksam Kuah Pekat Viral, Hanya 3 Cara Penyediaan Mudah!

RESEPI TEPUNG PELITA BUNGA TELANG VIRAL, WARNA BIRU ASLI BUKAN PEWARNA!

Tepung Pelita Bunga Telang.

Warna biru asli dari Bunga Telang. Rasanya yang berlemak dan manis, antara kuih pilihan bulan puasa.

RESEPI TEPUNG PELITA BUNGA TELANG

BAHAN-BAHAN LAPISAN BIRU:

  • 30 kuntum Bunga Telang.
  • 5 cawan air.
  • 1 cawan tepung beras.
  • 1 sudu kecil air kapur (bancuh cair).
  • 1 cawan gula.
  • Sudu kecil gula (untuk lapisan bawah).

BAHAN-BAHAN LAPISAN SANTAN:

  • 4 cawan santan.
  • 5 sudu besar tepung beras.
  • Garam secukup rasa.

CARA PENYEDIAAN TEPUNG PELITA BUNGA TELANG

CARA-CARA MASAK LAPISAN BIRU:

1. Rebus 30 kuntum Bunga Telang bersama 5 cawan air.

2. Kemudian, keluarkan bunga (tapis ambil air sahaja).

3. Masukkan air kapur, tepung beras dan gula pasir lalu masak bahan sehingga menjadi pekat dan halus.

4. Masukkan gula pasir yang dikisar halus ke dalam acuan lalu sudukan adunan Bunga Telang dalam anggaran setengah acuan.

CARA-CARA MASAK LAPISAN SANTAN:

1. Masak santan bersama tambahan garam secukup rasa dan tepung beras.

2. Kacau adunan dengan api perlahan dan masak sehingga pekat serta halus.

3. Selepas adunan masak dan agak pekat, masukkan ke dalam acuan iaitu di atas lapisan biru.

4. Sejukkan seketika di dalam peti sejuk.

Tepung Pelita Bunga Telang sedia dihidang.

Buat penggemar kuih pelita, selamat mencuba di rumah ya. Manalah tahu kena dengan selera anda. Nanti bolehlah pula buat di majlis keramaian, mesti ramai yang terpegun dan inginkan resepi daripada anda.

Sumber: Facebook Siti Khairun Nur Akmal via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×