Sihat

Doktor Kongsi Rahsia Minum Air Teh Ini Rupanya Boleh Legakan Demam & Sakit Badan…

3
SHARES

Bunga telang atau nama saintifiknya Clitoria Ternatea adalah tanaman berbunga berwarna biru cerah dan boleh dimakan serta dijadikan minuman. Bagi anda yang tidak tahu, bunga telang mengandungi pelbagai manfaat seperti melegakan demam dan sakit badan.

Hanya memerlukan beberapa bahan sahaja untuk menghasilkan air teh bunga telang dan anda boleh amalkan air ini setiap kali demam. Barulah badan rasa lebih lega dan sedap! Tak rugi kalau nak cuba.

Baca juga: Belimbing Buluh Tak Sesuai Untuk Sakit Buah Pinggang? Betul Ke?

DOKTOR KONGSI RAHSIA MINUM AIR TEH INI RUPANYA BOLEH LEGAKAN DEMAM & SAKIT BADAN

bunga telang

Kalau demam, sakit lenguh seluruh badan. Amal minum teh bunga telang. Saya pun dah berjinak jinak dengan supertea ni. Banyak digunakan dalam perubatan Ayurveda dan Cina tradisional untuk redakan demam.

Ini versi paracetamol natural. Ada sifat anti-pyretic. Saluran darah bawah lapisan kulit dilebarkan. Udara akan sejukkan darah dan boleh membantu turunkan suhu panas dengan sejukkan badan. Ia juga bersifat diuretik dengan singkirkan toksin melalui air kencing.

Ini resipi mudah. Kalau rasa nak demam, amal minum ni.

  • 4/5 helai bunga telang
  • Madu asli
  • Jus perahan limau kasturi
  • Air

Cara penyediaan: 

1. Masukkan air panas ke dalam bekas tahan haba. Masukkan bunga telang.

2. Kacau dan tunggu sehingga bertukar warna. Kemudian, tapis.

3. Biarkan sejuk seketika.

4. Masukkan jus limau dan madu. Kacau dan minum.

Kalau tak boleh dapat bunga ori. Boleh guna bunga telang kering organik. Rasanya sedap masam manis. Bolehlah cuba. Sedap! Badan pun rasa lega..

Sumber: Facebook Dr Rizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×