Sihat

Belimbing Buluh Tak Sesuai Untuk Sakit Buah Pinggang? Betul Ke?

304
SHARES

Belimbing buluh atau belimbing asam lazimnya digunakan dalam masakan dan dijadikan sambal kerana rasanya yang masam sesuai dipadankan dengan cili. Memang sedap dan puas hati dapat makan sehingga terlupa sebenarnya belimbing buluh tidak elok dimakan dalam kuantiti terlalu banyak kerana akan memudaratkan kesihatan.

Ini kerana belimbing buluh tinggi kandungan oxalate dan boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang untuk befungsi seperti penerangan Dr Suri Roowi di bawah.

Baca juga: Rupanya Nak Hilangkan Pedas Bukan Minum Air Kosong, Patutlah Makin Pedas!

BELIMBING BULUH TAK SESUAI UNTUK SAKIT BUAH PINGGANG? BETUL KE?

Kajian menunjukkan belimbing buluh boleh turunkan kadar gula dalam darah, turunkan tekanan darah tinggi dan boleh turunkan paras lemak (trigliserida).

Belimbing buluh adalah sumber mineral yang baik dari segi kandungan potasium, kalsium, fosforus dan ferum. Akan tetapi, belimbing buluh tinggi kandungan oxalate.

Penggambilan jus belimbing buluh secara berlebihan boleh mengakibatkan tahap oxalate dalam darah meningkat dan boleh menyebabkan pengumpulan kristal dalam buah pinggang. Ini seterusnya boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang.

Kajian yang dilakukan di 5 buah hospital di Kerala, India menunjukkan kegagalan buah pinggang akiut selepas meminum jus belimbing buluh pada kadar 100-400 ml/hari.

Sementara itu, kajian yang diterbitkan di Journal of Dentistry menunjukkan warna gigi berubah jadi putih jika menggunakan belimbing buluh. Ini adalah kerana belimbing buluh mengandungi peroksida dan asid oxalik yang bertindak sebagai pemutih gigi.

Jadi, kalau nak gigi putih bolehlah makan belimbing buluh tetapi jangan terlalu berlebihan kerana boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang. Ingat tu…

Sumber: Facebook Dr Suri Roowi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×