Sihat

Rupanya Nak Hilangkan Pedas Bukan Minum Air Kosong, Patutlah Makin Pedas!

66
SHARES

Siapa suka makan pedas? Memang puas sebenarnya dapat makan pedas tetapi pernah tak anda terfikir setiap kali minum air kosong pasti rasa pedas itu semakin kuat dan hanya lega beberapa saat sahaja.

Rupanya air kosong tidak sesuai untuk hilangkan rasa pedas seperti perkongsian Dr Syid Ayob Al Qudri di laman TikTok. Kalau nak legakan rasa pedas anda kena minum cecair bersifat non polar. Nak tahu apa? Ikuti penerangan lanjut di bawah.

Baca juga: Tiba-Tiba Kaki Cramp! Ini Cara Hilangkan Sakit Otot Kejang, Memang Lega

RUPANYA NAK HILANGKAN PEDAS BUKAN MINUM AIR KOSONG

Cili mengandungi capsaicin. Ia merupakan sejenis bahan yang akan merangsang receptor sakit pada mulut yang amat sensitif dengan haba. Cara menghilangkan pedas bukanlah dengan minum air sejuk. Ini kerana seperti penjelasan Dr Syid Ayob Al Qudri,  capsaicin sifatnya non polar dan jika mahu larutkan cecair non polar, anda perlu minum cecair non polar juga.

Air kosong merupakan jenis polar dan ia tidak bersesuain untuk menghilangkan rasa pedas dalam mulut malah lebih menyebabkan anda makin kepedasan.

Kalau nak legakan kepedasan, anda kena minum cecair yang sifatnya sama dengan capsaicin iaitu non polar. Contoh terbaik adalah susu atau bahan tenusu. Ia akan melarutkan capsaicin dan melegakan rasa pedas.

Pastikan anda minum susu yang mempunyai caesin seperti susu lembu, yogurt, cheese. Bukan susu kacang badam atau susu kacang soya kerana ianya tidak sesuai untuk melegakan rasa pedas.

Bagi anda yang tidak boleh minum susu, boleh cuba minum minuman berasid seperti jus epal, oren, lemon dan juga tomato. Hal ini kerana capsaicin bersifat alkali dan dipadankan dengan minuman berasid, ia akan jadi neutral.

Jadi, lepas ini jangan lupa sediakan susu atau minuman berasid sebelum anda makan pedas. Barulah cepat lega!

VIDEO PENUH:

@drsyidayob

Air suam pun sebenarnya tak function #drsyid #health #fyp

♬ original sound – Dr Syid Ayob Al Qudri – Dr Syid Ayob Al Qudri

Sumber: TikTok Dr Syid Ayob Al Qudri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×