Dapur

Resepi Laksam Kuah Pekat Viral, Hanya 3 Cara Penyediaan Mudah!

47
SHARES

Laksam merupakan makanan terkenal daripada negeri Kelantan dan Terengganu. Bahkan, ianya turut terkenal di serata Malaysia. Uniknya adunan kuetiau laksam ini menggunakan tepung beras dan dihirup bersama kuah laksam ikan yang dikisar.

Kalau anda sedang mengidam laksam dan ingin merasai teksturnya yang pekat masin berlemak ini, jom ikuti resepi yang dikongsikan oleh Puan Ameera. Perkongsian resepi ini mungkin ada sedikit perbezaan daripada apa yang anda tahu, bergantung kepada selera dan cara masing-masing.

Baca juga: Resepi Dumpling Ayam Viral, Sedap Ni Kalau Makan Untuk Berbuka & Sahur!

RESEPI LAKSAM KUAH PEKAT VIRAL, HANYA 3 CARA PENYEDIAAN MUDAH!

Laksam in the house. Cara dan bahan bahan disetiap gambar. Ini cara saya. Selamat mencuba korang.

LANGKAH PERTAMA PENYEDIAAN LAKSAM IALAH KUAH LAKSAM!

Rebus ikan. Air dia ibu tak pakai. Ibu buang. Selera dan cara masing masing.

Masukkan sahaja semua dalam blend. Kerja senang jangan rumitkan. Blend hancur ya.

Tapis terus. Pekat juga.

Siap ditapis kesemuanya.

Bawang besar merah 2 biji, bawang putih 3 ulas dan halia sedikit . Blenderkan semua.

Jangan letak minyak ya. Terus tuang dalam periuk je.

2 batang serai ditikkan & asam keping. Masak sekejap.

Lada hitam. Masukkan ikan yang siap diblend tadi, garam & gula.

Santan 1 kotak 200 ml. Part ni jangan masak lama ya, takut pecah minyak santan tu. Terus jadi tak cantik.

SIAP!

LANGKAH KEDUA PENYEDIAAN LAKSAM IALAH KUETIAU LAKSAM!

Separuh cawan tepung gandum, 2 cawan tepung beras. Air 4 cawan dibancuhkan. Dia memang cair tau, jangan risau. Garam 1 sudu kecil, gaul rata dan boleh letak dalam bekas.

Panaskan kukus. Ibu pakai penutup Tupperware. Ini adalah pilihan ya, nak pakai tudung periuk pun tak kisah. Janji dia leper ya.

Kalau kelembung gitu dah masak la jawapannya.

Boleh la gulangkan dan asingkan. Kemudian ulang la buat sampai tepung tadi habis.

Tada. Jadi dah.

LANGKAH TERAKHIR PENYEDIAAN LAKSAM IALAH CILI PENCECAH & HIASAN!

Ikut pedas memasing ya. Cili merah tu kaw. Hihihi. Bahan ni semua ditumbuk ya.

  • Cili padi
  • Garam 1 sudu kecil
  • Gula 1 sudu makan

Limau kasturi 4 biji. Perahkan dan tuang dalam cili. Siap dah.

Merecik ah!

Ini bahan-bahan untuk hiasan dia. Letak toge, timun, bawang, kantan, kubis, kacang panjang.

Cantikkan.

Sumber: Facebook Ameera via Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×