Dapur

Resepi Laksam Tak Melekit Bila Dipotong, Confirm Licin Mangkuk!

1.4K
SHARES

Bila berkunjung ke negeri Pantai Timur, antara menu makanan yang menjadi pilihan ramai selain nasi kerabu adalah laksam. Mempunyai rasa berlemak disertai dengan kepedasan cili. juadah ini menjadi kegemaran sesiapa sahaja tidak kira umur. Tetapi, agak sukar untuk kita temui laksam yang dijual luar dari negeri Pantai Timur, mempunyai rasa yang ‘seoriginal’ macam di sana.

Jadi, wanita ini kongsikan resepi laksam yang confirm akan buat anda tambah bermangkuk-mangkuk!

RESEPI LAKSAM SEDAP (untuk 5 orang)

Ini antara resepi terbaik yang pernah saya cuba. Saya share dengan kawan-kawan semua. Gabungan antara tepung beras dan tepung gandum menghasilkan laksam yang lembut (bukan lembik) dan tak melekit-lekit apabila dipotong.

250g terpung beras + 1/2 cwn tepung gandum

2 3/4cwn air sejuk

2 3/4 cwn air panas

1. Masukkan semua ke dlm mangkuk

2. Masukan air sejuk dan kacau. Kemudian masukkan pula air panas. Kacau guna whisk sehingga lafut dan x berketul.

3. Panaskan periuk kukusan (kalau guna steamer Noxxa xperlu).

4. Griskan minyak, pada loyang dan masukkan ke dalam kukusan.

5. Sendukkan bancuhan laksam ke dalam loyang pastikan lapisan tidak terlalu tebal atau nipis). Kukus sehingga masak (timbul gelembung2. Steamer Noxxa setkan 5 minit.

6. Sejukkan dahulu sebelum digulung.

MACAM MANA NAK BUAT KUAH?

1/2kg ikan kembung atau sardin (selayang) – bersihkan buang kepala & ekor

1 kotak santan 200ml

500ml air utk kuah

1 cawan air – untuk merebus ikan

1 st garam – untuk rebus ikan

1/2 st garam – untuk kuah (tak masin boleh tambah)

2 sb gula

8 ulas bawang merah

1 ulas bawang putih

10 keping asam keping

Sedikit lada hitam tumbuk

1. Susun asam keping dlm innerpot noxxa. Letak ikan dan taburkan garam. HP 60 minit

2.Ambil ikan xperlu buang tulang krn kaya dgn kalsium. Lagipun lembut sampai tulang. Blend bersama bwg2.

3. Masukkan semula ke dlm periuk (kuarkan Asam keping.) Masukkan bahan-bahan lain dan stirfry sampai mendidih.

ULAM-ULAM

Bunga kantan

Timun

Kacang panjang

Kobis

Daun kesum

Tauge – Semua hiris kecuali tauge

SAMBAL

10 tangkai cili kering

1 sb gula

1 st garam

Belacan- Blend semuanya

SIAP!

*Memang nampak terliur!

Sumber : Zura Ibrahim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×