Dapur

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan, Rupanya Lebih Sedap Dari Pakai Santan!

188
SHARES
kari ayam tanpa santan

Kalau di bahagian negeri-negeri selatan di Semenanjung Malaysia, lazimnya hidangan kari menggunakan santan sebagai bahan penting yang perlu ada. Namun, lain pula pada kali ini kerana kari ayam tanpa santan adalah resipinya jika dimasakkan oleh orang Penang.

Resipi kari ayam yang unik ini telah dikongsikan oleh Puan Hajar Mohd. Wah, tak perlu risau dah kalau santan tak ada di rumah, lauk kari ayam masih lagi boleh buat dan menjadi. Jom, cuba resepi di bawah.

Baca juga: Resepi Suhun Goreng Sebagai Pengganti Bihun, Lebih Sihat & Sesuai Untuk Diet

KARI AYAM TANPA SANTAN, MEMANG MENJADI!

kari ayam tanpa santan

Kari ayam tanpa santan. Di rumah saya tiada bahan pun nak memasak lauk ni. Jadinya saya guna sajalah bahan yang jiran ada.

RESEPI KARI AYAM TANPA SANTAN!

Bahan-bahan:

kari ayam tanpa santan

  • Tiga tangkai daun kari.
  • Sebiji bawang besar.
  • Sejemput cili kering potong pendek-pendek.
  • Herba empat sekawan.
  • Jintan manis sesudu
  • Serai sebatang.

Bahan-bahan dikisar:

kari ayam tanpa santan

Ini bahan untuk dikisar.

  • Halia sebesar ibu jari.
  • Bawang putih lima ulas.
  • Serai sebatang.
  • Bawang besar satu labu.
  • Tomato satu biji.

Sukatan rempah ratus:

kari ayam tanpa santan

  • Rempah kari ayam dua sudu makan.
  • Rempah kari ikan satu sudu makan.
  • Serbuk kunyit satu sudu makan.
  • Serbuk cili dua sudu makan.

Masukkan air dan kacau jadi seperti pes.

Baca juga: Resipi Nasi Hujan Panas Tanpa Susu Cair, Pasti Lebih Sedap & Puas Hati

Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak. Tumis daun kari, serai, bawang besar, jintan manis, cili kering potong pendek-pendek tadi.

2. Bila dah garing yang tumis tadi. Masukkan bahan kisar macam dalam gambar ya.

3. Bila dah masak bahan kisar tu sampai terbit minyak, masukkan pes kari kari tadi. Nanti pinggan tu kan ada saki baki pes kari tu kan, letak sikit air goyang-goyang dan masuk air tu dekat periuk ya.

Waktu ni api perlahan. Kita tidak mahu rempah hangit nanti tak sedap.

4. Bila kari kari dah masak. Terbit minyak gitu, masukkan ayam. Saya guna ayam sebelah je. 

5. Nak bagi cepat masak isi ayam. Pemuda dia kenalah tutup periuk ya. Ini teknik kawalan haba saja kalau tak ada penutup pun tak apa. 

6. Sekali sekala kena tengok supaya tak hangit ayam kita. Nampak dah nak kering tu bolehlah tambah air. Biarkan masak sempurna ya.

Tapi tulah, orang kata tiada apa yang sempurna di dunia ni. Tak apa, sempurnakan rasa dengan garam dan perasa yang anda suka. Anda suka masam boleh la letak asam keping atau asam jawa. Saya tak letak asam pun.

Nota: Cuba korang ganti asam asam tu dengan perahan lemon. Sedap giler weh.

7. Mujur saya ada lagi satu tomato. Potong dan masukkan. Sebenarnya saya nak potong dua je tetapi terpotong empat.

Baca juga: RAHSIA Sosej Homemade Lazat Guna Daun Pisang, Memang Kualiti Terbaik!

“SAYA PUN SUKA MASAK KARI TAK LETAK SANTAN, TAK MUAK…”

Meninjau di ruangan komen, rupanya hidangan kari tanpa santan ini dipraktikkan oleh rakyat di negeri Pulau Pinang, terutamanya golongan mamak.

Malah, ada juga yang menyatakan kari tanpa santan, menjadikan hidangan ini tidak berasa muak apabila dimakan.

Baca juga: WOW, Telur Masin Homemade Ini Tak Pakai Telur Itik Pun & Kos Lebih Jimat!

Sumber: Hajar Mohd via Masak Apa Hari NI..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×