Dalam kerinduan, ada pula kejadian lucu yang berlaku. Memang boleh keliru dibuatnya, antara biji kacang dal dan biji jagung yang seakan itu. Sebagaimana, kejadian yang benar berlaku dari suami kepada Puan Maizan ini yang telah tersalah beli bahan dan terpaksa berpatah semula ke kedai.
Hati isteri mana yang tidak mahu turutkan permintaan suami yang kerinduan dan keinginan untuk menikmati kuah dal sayur telur hancur dari resepi arwah emaknya. Menurut wanita tersebut, tekstur kuah dal ini sangat pekat dan memang sedap dimakan bersama roti canai. Jom cuba!
Baca juga: Resepi Sambal Ikan Bilis Melahar Negeri Sembilan, Boleh Tahan 3 Bulan!
RUPA BIJI KACANG DAL & BIJI JAGUNG YANG SEAKAN SAMA, BUAT SUAMI KELIRU
Kisahnya…suruh encik suami belikan kacang dal, sekali dibawa pulangnya jagung yang buat pop corn. Katanya macam kacang dal, sudah tak pasal-pasal dia kena pergi kedai lagi beli kacang dal.
Semalam dia request nak makan dal macam arwah emak dia masak. Dal sayur telur hancur, teringat dengan mak katanya. Nasib baiklah dulu sempat belajar dengan mak buat dal ni.
14 hari tanpa mak, Al-Fatihah mak. Semoga mak tenang di sana.
Saya panjangkan resipi dal mak mentua saya. Semoga pahala sampai kepada arwah. Aamiin.
RESEPI DAL SAYUR TELUR HANCUR
BAHAN-BAHAN:
- 300gm kacang dal (direbus sampai empuk).
- Bawang merah 10biji+ bawang putih 2 ulas+halia 2 inci (diblander).
- Rempah kari atau rempah dalca lebih kurang 6 sudu makan.
- Cili kisar ikut kepedasan.
- Sayur terung, carrot, kacang panjang, kentang, (dipotong dadu).
- 2 biji telur.
- Air asam jawa.
- Isi ayam atau daging (optional, tak nak letak dua-dua pun boleh bagi yang vegetarian).
CARA-CARA:
1. Tumis bahan blander + cili kisar + serbuk kari sampai pecah minyak.
2. Masukkan isi ayam/daging. Tunggu sampai empuk.
3. Masukkan kacang dal, masukkan air sedikit, masukkan sayur.
4. Bila sayur dah empuk, pecahkan telur dan kacau supaya tidak berketul.
5. Masukkan sedikir air asam jawa. Perasakan dengan garam, gula dan sebagainya.
Dal ni agak pekat, sedap di makan dengan roti.