Dapur

Resepi Sambal Ikan Bilis Melahar Negeri Sembilan, Boleh Tahan 3 Bulan!

31
SHARES

Sekarang ini di pasaran, terdapat pelbagai jenis jenama sambal ikan bilis yang dijual. Malah, penyediaannya memiliki pelbagai teknik mengikut kepakaran individu atau ada juga berdasarkan budaya di sesetengah kawasan yang didiami.

Sebagaimana perkongsian yang dibuat oleh saudara ini, yang telah berkongsikan resepi Sambal Ikan Bilis Melahar dari Negeri Sembilan. Dengar saja nama dah kecut perut, mungkin rasa pedasnya seperti hidangan popular lain di negeri ini yang sememangnya terkenal dengan kepedasannya.

Baca juga: Resepi Serbuk Asam Boi, Mudah Buat Sendiri Tak Perlu Beli Guna 3 Bahan Saja!

RANGUP & GARING! IA BOLEH GUNA UNTUK PELBAGAI HIDANGAN

Setelah melihat gambar di atas, mesti ada di kalangan pembaca yang sedang telan liur melihat kerangupan dan warna pedasnya yang begitu mengiurkan. Anda sudah timbul rasa ingin tahu bagaimana enaknya? Apa kata, jom cuba buat berdasarkan resepi di bawah.

Assalamualaikum dan selamat malam.

Potang tadi ado yang jual ikan bilis 1kg RM20. Dio koba ikan bilis ranggup sey (saya) bolie 2kg sobab nak bantu peniago. Sey tau gred eh liat sedikit.

Balik sey buek lah stok Sambal Ikan bilis Melahar, sey sonang nak masak nasi goreng nanti. Nak makan MO (sama) ruti bulih, bubur nasi bulih, apo-apo yo lah kan. Tahan 3 bulan suhu luar.

Sey kongsi resepi MO sahabat sey.

RESEPI SAMBAL IKAN BILIS MELAHAR

BAHAN A:

  • Cili api merah 300gm.
  • Bawang putih 6 ulas.
  • Bawang besar 4 biji.
  • Ikan bilis 500 gm.

BAHAN B:

  • Minyak 300ml.

BAHAN C:

  • Stok ayam 1 sudu.
  • Garam kalau nak lotak boleh yo.

CARA-CARA PENYEDIAANNYA:

1. Kisar tanpo air (kisar kasar).

2. Masuk bahan A dan B dalam minyak masak yang panas.

3. Dah garing sikit baru masuk bahan C.

4. Masak ni kono (kena) kacau, kalau nak ikan bilis masak ranggup dan sodap.

Penyediaan maso 1jam 20 minit. Ini kalau nak bawa poie umrah ko, jejalan ko tahan 3 bulan dokek (dekat) luar. Selamat mencubo.

Sumber: Facebook Dato Sri Kucing via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×